nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Aktiviti sosial, ziarah punca 4 kluster baharu di Kelantan

23 OGOS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan aktiviti sosial dan ziarah menjadi pencetus utama empat kluster baharu COVID-19 yang dikesan di Kelantan hari ini.

Empat kluster berkenaan adalah sebahagian daripada 30 kluster baharu COVID-19 dikesan di seluruh negara hari ini termasuklah 18 membabitkan tempat kerja, 10 komuniti dan lapan kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini 53 individu sudah disahkan positif akibat penularan empat kluster COVID-19 membabitkan beberapa daerah di Kelantan terbabit.

Dr Noor Hisham berkata kluster pertama COVID-19 dikesan di Kelantan dikenali sebagai Kluster Jalan Bunut Susu di Pasir Mas.

“Kluster ini membabitkan aktiviti ziarah di Kampung Bechah Palas, Jalan Bunut Susu, Pasir Mas. Kes indeks bagi kluster ini ialah lelaki berusia 48 tahun warga tempatan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Ogos lalu. Sehingga kini ia sudah menjangkiti lapan individu.

“Kluster Kampung Paya juga di Pasir Mas dan sudah menjangkiti lapan individu. Kes dalam kluster ini ialah lelaki berusia 33 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Ogos lalu. Ia membabitkan aktiviti ziarah di di Kampung Paya Mengkuang, Chetok, Pasir Mas,” katanya satu dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, Kampung Kayu Rendang di Kota Bharu yang sudah menjangkiti 14 individu yang membabitkan aktiviti ziarah di Kampung Kayu Rendang, Kota Bharu.

Katanya, kes indeksnya ialah lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Ogos lalu dan sehingga kini ia sudah menjangkiti 14 individu.

“Kluster Kampung Pulau Sa di Pasir puteh yang sudah menjangkiti 23 individu. Ia membabitkan aktiviti ziarah di Kampung Pulau Sa dan kes indeks ialah lelaki berusia 21 tahun yang dilaporkan positif pada 17 Ogos lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata KKM melaporkan 174 lagi kes kematian akibat COVID-19 hari ini termasuk 158 kes membabitkan rakyat tempatan dan 16 bukan bukan warga negara.

“Sebanyak 21 kes kematian dilaporkan hari ini adalah kes kematian di luar hospital (BID), sekali gus menjadikan jumlah mereka maut akibat wabak terbabit ialah 14,342 orang atau 0.91 peratus.

“Johor menjadi negeri mencatatkan kes kematian tertinggi hari ini dengan 53 kes; diikuti Pulau Pinang, Sabah (25), Negeri Sembilan (11), Kuala Lumpur (9), Kedah (9), Kelantan (9), Selangor (7), Pahang (7), Melaka (6), Perak (4), serta Sarawak (3) dan Perlis (3),” katanya.

Beliau berkata KKM juga mengesahkan terdapat 260,700 kes masih aktif termasuk 1,040 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 502 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada 17,672 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 436 kes (2.5 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 17,236 kes (97.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhan, 14,337 kes (81.13 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius.

“Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.