nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hentikan ‘Adegan’ Gugat, Cabar Perdana Menteri

23 OGOS: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan (PM-9) sepatutnya tidak lagi dicabar dan diganggu-gugat oleh mana-mana pihak dengan niat untuk menimbulkan krisis keyakinan.

Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Salleh Rahamad berkata, ini kerana pemilihan Naib Presiden UMNO itu berasaskan tatacara pemilihan yang mengikut Perlembagaan dan disetujui oleh semua pemegang taruh iaitu parti politik yang berkepentingan. 

Menurut beliau, sebarang percubaan untuk meruntuhkan kerajaan dengan menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat dan pelabur hanya akan menyulitkan proses pemulihan negara. 

“Sekarang bukannya masa untuk menguji kekuatan parti masing-masing, tetapi kini ialah masa untuk bersatu. Negara sudah melalui fasa konflik yang sangat membebankan kerajaan untuk melaksanakan proses menangani pandemik COVID-19 yang memberikan kesan buruk kepada ekonomi dan kehidupan rakyat.

MOHAMAD SALLEH

“Kini tibalah masanya segala usaha ditumpukan kepada membela rakyat dan membangunkan negara. Apabila Perdana Menteri sudah dilantik dengan kaedah yang disepakati, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama penuh. 

“Ini perlu untuk membantu kerajaan memulihkan negara daripada bencana yang panjang dan berantaian ini, sekurang-kurangnya tidak menimbulkan masalah lagi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Mohamad Salleh berkata, tidak timbul andaian bahawa usaha membantu kerajaan hanya akan menaikkan nama parti-parti yang memegang kuasa urus tadbir negara dan memudarkan imej parti-parti yang tewas dalam perebutan kuasa.

Malah, beliau menegaskan dengan memberikan kerjasama yang padu sehingga negara dapat melepaskan diri daripada cengkaman pandemik ini, semua pihak akan menerima manfaatnya.

“Kepada pihak kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri pula, inilah masanya untuk memperlihatkan bahawa konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dimasyhurkan dalam ucapan sulungnya berupaya diterjemahkan dengan sehabis sempurna.

“Dengan andaian dan perakuan bahawa frasa ini bersifat lebih inklusif, merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum, Konsep Keluarga Malaysia mestilah diangkat dalam bentuk yang lebih konkrit dan dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas agar tidak ada yang berasa tercicir,” katanya. 

Sementara itu, Mohamad Salleh memaklumkan pihaknya juga mengharapkan agar pelantikan menteri dibuat dengan telus dan mestilah di kalangan mereka yang berkelayakan untuk memikul tanggungjawab portfolio bagi melaksanakan amanah pentadbiran kerajaan di bawah Ismail Sabri. 

“Masa untuk berpolitik perlu dibataskan kerana kepentingan hidup rakyat merupakan fokus utama dan paling mendesak ketika ini.

“PENA menyambut baik penyelesaian krisis politik di negara ini dengan pelantikan Ismail Sabri sebagai PM-9 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bersama seluruh perkenan Raja-raja Melayu,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.