nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Khairy, Nancy, Rosol tekad beri khidmat terbaik

27 OGOS: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana melantiknya sebagai Menteri Kesihatan dalam barisan Kabinet baharu hari ini.

Berikutan itu Khairy yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjanji akan melaksanakan tugas dan amanah berat diberikan kepadanya dengan penuh komited dan bersungguh-sungguh.

“Terima kasih kepada YAB PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberi.

“Insya-Allah, amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia,” katanya dalam hantaran ringkas melalui akaun Facebook, kira-kira sejam selepas Perdana Menteri mengumumkan barisan Kabinetnya.

Khairy yang sebelum ini memegang jawatan Menteri MOSTI bertukar portfolio dengan Datuk Seri Dr Adham Baba yang akan menerajui kementerian itu.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berikrar untuk mencapai prestasi terbaik dalam tempoh 100 hari selepas dilantik dalam Kabinet Persekutuan seperti ditetapkan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu juga melahirkan keyakinan mampu meneruskan khidmat terbaik di kementerian yang diterajuinya dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini.

“Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Ismail Sabri atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk meneruskan khidmat kepada rakyat sebagai Anggota Jemaah Menteri bagi portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang dikekalkan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna bertekad mengurangkan bebanan rakyat serta menangani isu kenaikan harga barangan.

Rosol Wahid yang dilantik semula berkata kepercayaan diberikan akan digalas untuk memastikan rakyat tidak dibebani dengan kenaikan harga pelbagai barangan.

“Terima kasih diucapkan kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepada saya menjawat jawatan ini.

“Saya berazam membantu Ismail Sabri dalam agenda keluar negara daripada pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.