nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin Politik Terkesan Pemergian Lajim Ukin

29 OGOS: Berita pemergian Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Lajim Ukin mendapat perhatian pemimpin politik negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran Facebook miliknya hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Lajim yang telah meninggal dunia. 

“Semoga Allah SWT ampuni dosanya dan tempatkan roh bersama yang beriman. Al-Fatihah,” katanya ringkas.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Lajim Ukin menerusi hantaran dalam media sosialnya.

“Saya turut bersedih dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turut menyatakan negara kehilangan seorang tokoh masyarakat yang sangat berjasa bagi negara khususnya negeri Sabah.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Sabah pada pukul 6.23 pagi.

“Jasa dan sumbangan Allahyarham amat besar nilai dan maknanya untuk negeri dan negara. Antara tanggungjawab yang pernah beliau laksanakan adalah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, turut mengucapkan takziah ialah bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman menyatakan perasaan sedih dengan pemergian Lajim yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Sabah.

“Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarham dan memasukkannya dalam kalangan para solihin.Saya sekeluarga mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Marilah kita sama-sama membaca al-Fatihah buat Allahyarham. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran dalam media sosial sebentar tadi.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut memuat naik ucapan takziah dan mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah dan redha dengan dugaan ini.

Turut menzahirkan ucapan takziah kepada Allahyarham menerusi laman media sosial adalah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun serta beberapa pemimpin tempatan Sabah yang lain.

Allahyarham Lajim meninggal dunia pada 6.23 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Sabah dekat sini akibat jangkitan Covid-19. Beliau disahkan positif pada 12 Ogos dan mula ‘ditidurkan’ pada 24 Ogos lalu setelah keadaan kesihatannya semakin menurun. –

Jenazahnya selamat disemadikan pada jam 1.50 tengah hari tadi di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort, Sabah.

Sepanjang hayatnya, Lajim, 66, pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri Klias, selain pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet Persekutuan antaranya Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.