nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NGO Desak Kerajaan Selangor Batal Nyahwarta HSKLU

2 SEPT : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari didesak untuk membatalkan keputusan kerajaan negeri dalam menyahwartakan status Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) demi kepentingan negeri, rakyat dan alam sekitar.

Pengerusi NGO Gerak 98, Syed Putra Syed Isa berkata, tindakan tersebut ditentang kerana bimbang bakal mengundang tragedi yang tidak diingini berikutan pembangunan yang dilakukan di kawasan seluas 536.7 hektar itu.

Menurut beliau, pihaknya khuatir kerja pembangunan yang bakal dilakukan oleh sebuah syarikat yang memiliki modal berbayar RM1 itu bukan sahaja menyebabkan berlaku perubahan pada eko-sistem, tetapi turut memberi kesan kepada iklim di negeri itu.

“Amirudin ada membuat kenyataan balas kepada Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil pada Rabu lalu, bahawa kerajaan negeri akan menangguhkan tindakan itu.

“Namun, kenyataan itu seolah-olah memperkotak-katikkan kehendak rakyat dan kepentingan adat resam kira-kira 1,000 masyarakat Orang Asli Temuan yang mahu penyahwartaan itu dibatalkan.

“Apa yang kita mahu ialah kerajaan negeri membatalkan kelulusan penyahwartaan hutan itu, bukan ditangguhkan untuk tempoh beberapa minggu,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kerajaan negeri di hadapan pintu masuk utama ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, hari ini. 

Sebanyak lapan NGO terlibat dengan penyerahan memorandum bantahan, iaitu Otai Reformis 98, Gerak 98, PEKA, Agamam Ani Malaysia, KitaBantuKita.Org, Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat, Lawyers for Environmental Right dan Ecomy.

Sementara itu, Presiden PEKA Malaysia, Puan Sri Prof Dr Shariffa Sabrina Syed Akil pula memberitahu, tidak cukupkah pengambilan Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang asalnya berkeluasan 7,246 hektar bagi pembangunan sebelum ini?

Menurut beliau, pembangunan di Selangor sudah lengkap sepenuhnya dengan adanya Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Cyberjaya, Taman Rimbayu, Lebuh Raya SKVE, Gamuda Cova, ECRL, Saujana Putra, Lebuh Raya ELITE sehingga kawasan itu berbaki 957.63 hektar.

“Hakikatnya pembangunan di Selangor sudah melebihi daripada permintaan, sehinggakan 536.7 hektar yang masih ada hendak diserahkan pula kepada syarikat dari Johor.

“Walaupun kerajaan negeri mencadangkan kawasan ganti di Mukim Sungai Panjang, Sabak Bernam, tetapi kita tidak terima kerana kawasan hutan gambut seluas 2,400 ekar ini juga sedang rancak diteroka untuk projek SMART AGRO atau kelapa sawit,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.