nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kilang Porsche di Kulim buka peluang kepada bakat tempatan

5 SEPT : Pengeluar kereta sport terkemuka Porsche memilih Malaysia sebagai negara pertama bagi pemasangan model kereta tersebut yang bakal direalisasikan dengan kerjasama antara Sime Darby Bhd dan Porsche AG yang akan mendirikan kilang pemasangan di Kulim, Kedah.

Pemilihan Malaysia untuk menjadi negara pertama sebagai lokasi pemasangan kereta tersebut merupakan satu sejarah dalam  penubuhan 70 tahun syarikat automotif Jerman itu.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata,  Porsche percaya Malaysia merupakan gerbang paling ideal dalam pasaran ASEAN, disebalik cabaran pandemik yang sedang dihadapi oleh negara.

“Ini mencerminkan keyakinan syarikat automotif global itu terhadap ekosistem Malaysia yang kondusif dan kekuatan kita untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang mereka.

“Malah, penubuhan kemudahan pembuatan ini secara tidak langsung membuktikan keputusan strategik Porsche terhadap komitmennya untuk memperkukuhkan kehadiran jangka panjang di rantau ini,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Lebih menarik menurut Mohamed Azmin, pemasangan model Porsche akan dilakukan oleh bakat tempatan yang berkemahiran tinggi milik Sime Darby disokong keupayaan kumpulan itu untuk menyediakan nilai terbaik kepada rakan niaganya.

Projek tersebut menurutnya lagi, merupakan sebahagian daripada inisiatif pertumbuhan dilancarkan pada 2018 dan mencerminkan kepercayaan Porsche terhadap kedudukan kukuh negara sebagai hab pembuatan terkenal di dunia bagi pengeluaran produk tulen (OEM) bagi sektor automotif.

“Malaysia juga memiliki bakat tempatan dalam kalangan jurutera dan juruteknik yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan ini.

“Sudah tentu kerjasama ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi dan memerlukan kemampuan teknologi khusus dilihat akan memperkukuhkan Aspirasi Pelaburan Negara (NIA),” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan akan terus memastikan persekitaran yang kondusif kepada pemimpin industri asing untuk menjalankan perniagaan di negara ini.

“Langkah ini boleh dilaksanakan menerusi insentif fiskal dan bukan fiskal serta kesediaan Malaysia dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan juga rakan kerjasama yang mempunyai keupayaan teknologi,” jelas beliau.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.