nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kuota pengambilan pelajar MRSM keluarga B40 kekal

5 SEPT: Majlis Amanah Rakyat (MARA) kekal dengan dasar sistem kuota sedia ada dalam pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan digunapakai.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dasar MARA mensasarkan untuk menyediakan kuota 60 peratus kepada pelajar cemerlang dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi mengikuti pengajian di MRSM.

Selain itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, MARA juga masih mengekalkan dasar 10 peratus pengambilan pelajar Bukan Bumiputera dan tiada sebarang perubahan selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

“Sistem Pendidikan MRSM adalah bertujuan membuka peluang pendidikan menengah bagi melahirkan pelajar bumiputera yang holistik, cemerlang dalam bidang akademik, sains, teknologi dan keusahawanan.

“Sistem Pendidikan MRSM juga sedikit berbeza dengan sistem pendidikan lain dari aspek kemampuan kognitif dan sahsiah pelajar. MRSM mengumpulkan pelajar cemerlang dan berpotensi tinggi selari dengan ciri-ciri Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah dan Patriotik (SIKAP),” katanya dalam satu kenyataan selepas menghadiri  Majlis Penyerahan Sumbangan Amal Pelitawanis TNB di Hospital Kuala Nerang, Kedah, hari ini.

Mahdzir ketika menghadiri  Majlis Penyerahan Sumbangan Amal Pelitawanis TNB di Hospital Kuala Nerang, Kedah, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata semua pelajar tanpa mengira aliran berhak mendapat peluang untuk kemasukan ke MRSM atas semangat ‘Keluarga Malaysia’.

“Saya hendak tegaskan bahawa dasar dan syarat kemasukan ke MRSM kita kembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini bagi memberi peluang kepada semua pelajar untuk memohon.

“Kelayakan dan pemilihan pelajar pula dibuat berdasarkan kepada Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) yang menguji kecenderungan STEM serta Keperibadian pelajar,” katanya.

Bagaimanapun, Mahdzir berkata MRSM hanya mampu menampung sejumlah 7,500 pelajar Tingkatan satu dan 2,000 pelajar tingkatan empat bagi setiap sesi pengambilan tahunan.

“Berbanding permohonan yang diterima tahun ini berjumlah 77,834 bagi tingkatan satu dan 24,495 bagi tingkatan empat untuk sesi kemasukan 2022.

“Malah, untuk rekod, bilangan MRSM di seluruh negara adalah 55 MRSM dan mampu menampung 37,198 pelajar.

Dalam pada itu, beliau berkata, kualiti dan sistem pendidikan yang tersendiri serta berkualiti tinggi yang diterapkan MRSM, telah menyebabkan permintaan dalam kalangan pelajar sangat tinggi.

“Kita berterima kasih kepada masyarakat di luar sana yang memberikan pengiktirafan dan sentiasa memandang tinggi Sistem Pendidikan yang ada di MRSM,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.