nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Akan Terus Bantu Peniaga Kecil Terkesan COVID-19

6 SEPT : Peniaga-peniaga kecil di negara ini akan terus dibantu dalam setiap perancangan Kerajaan dalam usaha membawa negara keluar dari kemelut ekonomi kesan daripada pandemik COVID-19. 

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ruang yang luas perlu diberikan kepada usahawan dan peniaga kecil untuk menjalankan perniagaan, seiring hasrat Kerajaan dalam memastikan mereka terus berupaya menjana pendapatan. 

Pada masa sama, bekas Perdana Menteri itu menzahirkan perasaan bangga melihat prosedur operasi standard (SOP) diamalkan oleh para peniaga dan juga pembeli, yang kesemuanya memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal dalam berurus niaga. 

“Langkah untuk terus membantu peniaga kecil ini akan saya bangkitkan dalam mesyuarat pertama MPN yang bakal diadakan dalam masa terdekat. 

“InsyaAllah, langkah yang sewajarnya akan saya ambil dalam perancangan kita untuk memastikan lebih banyak sektor ekonomi, sosial, kesihatan, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain kembali pulih sebagaimana sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.

“Mari kita doakan yang terbaik untuk negara kita yang tercinta dan rakyat Malaysia yang bertungkus lumus berusaha dan bekerja menjana pendapatan di mana sahaja anda berada. Moga anda dan kita sentiasa dilindungiNya,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini. 

Muhyiddin melakukan tinjauan di kawasan perniagaan Setapak petang tadi.

Beliau berkata demikian selepas turun padang meninjau kawasan perniagaan di Setapak Jaya yang merupakan satu daripada wilayah ‘bebas berniaga’ di Kuala Lumpur yang menjual pelbagai aneka makanan, minuman, kudapan dan buah-buahan tempatan.

Justeru, beliau menghargai usaha dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memberi kebenaran kepada warga kota membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan dalam tempoh ditetapkan di sekitar bandar raya tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Alhamdulillah, saya merasa amat gembira apabila rata-rata peniaga yang ditemui menyatakan kehidupan mereka kembali bersinar melalui kebenaran menjalankan perniagaan yang diberikan Kerajaan.

“Tambahan lagi, hampir kesemua yang meniaga menceritakan mereka sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin. 

“Keceriaan yang terpamer di wajah peniaga kecil ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi negara semakin jelas,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.