nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Undi-18 perlu dilaksanakan SPR secepat mungkin

7 SEPT: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching pada Jumaat lalu, berhubung pelaksanaan Undi 18 tahun (Undi-18) perlu dilaksanakan secepat mungkin oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sudah mengarahkan SPR supaya melaksanakan segera keputusan mahkamah berkenaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Wan Junaidi berkata SPR perlu melaksanakan dasar Undi-18 berkenaan secepat mungkin biarpun ada perkara tertentu hanya boleh dilaksanakan selepas Parlimen meluluskan beberapa undang-undang berkaitan.

“Walaupun data mengenai umur, orang gila, muflis belum lagi dapat dihalusi namun SPR perlu melaksanakan Undi-18 mengikut apa diputuskan oleh mahkamah.

Wan Junaidi telah mengarahkan SPR agar segera melaksanakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Undi-18.

“Soal sama ada kita akan merayu atau tidak. Saya boleh sahkan bahawa sehingga kini kerajaan belum membuat keputusan untuk merayu keputusan mahkamah berkenaan.

“Maknanya arahan mahkamah tinggi berkenaan masih kekal sebagai keputusan dan undang-undang perlu dipatuhi oleh SPR,” katannya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini.  

Terdahulu, pada Jumaat lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi mengesahkan terdapat lima negeri yang belum membuat pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri bagi membolehkan mereka berusia 18 tahun sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri terbabit.

Berikutan itu, Wan Junaidi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan negeri terbabit bagi membolehkan Undi-18 dilaksanakan dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Wan Junaidi enggan mendedahkan nama lima negeri yang masih belum meminda Undang-Undang Tubuh Negeri berkenaan.

“Tetapi Sarawak sudah luluskan namun belum diwartakan kerana mereka mahu melihat situasi di negeri lain terlebih dahulu,” katanya.

“Saya juga sudah berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan SPR mengenai apa perlu dilakukan jika negeri berkenaan tidak bersetuju dengan penurunan umur calon ADUN di negeri berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi menjelaskan proses rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berkenaan hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara dan kelulusan dasar di peringkat Jemaah Menteri. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.