nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis tunggu dokumen penting sebelum siasat dakwaan Najib

9 SEPT: Polis sedang meneliti dakwaan, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima tekanan daripada ahli politik supaya bekas Perdana Menteri itu dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai pendapatan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata pihaknya belum boleh membuka kertas siasatan kerana masih menunggu beberapa dokumen penting untuk mengesahkan dakwaan seperti dibuat oleh Ahli Parlimen Pekan berkenaan dalam laporan polis dibuatnya semalam.  

“Saya mengesahkan polis memang ada menerima laporan dibuat Datuk Seri Najib (semalam) tetapi kertas siasatan belum dibuka kerana kita masih menunggu beberapa dokumen penting,” katanya ketika dihubungi wartawan portal PNBBC di sini, sebentar tadi

Semalam Najib membuat laporan polis terhadap LHDN selepas menerima maklumat bahawa pegawai agensi di bahawa Kementerian Kewangan itu menerima tekanan dari ahli politik mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Najib membuat laporan polis semalam berhubung denda cukai tambahan yang dikenakan LHDN terhadap dirinya.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa mengikut Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

“Sudah tentu ini menggusarkan kerana tindakan itu lanjutan daripada arahan ahli politik dan bukan bersandarkan kepada fakta siasatan serta asas undang-undang.

“Malah, ini membuang masa banyak pihak terutama diri saya sendiri dan jelas tindakan itu menyalahgunakan kuasa,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mendakwa menerima maklumat mengenai denda cukai tambahan yang dikenakan terhadap dirinya.

Dakwanya, ada pegawai tertinggi LHDN yang mengarahkan supaya penalti cukai diteruskan terhadapnya atas arahan ahli politik tertentu.

“Ada yang datang menemui saya dan memohon maaf serta memberitahu kes cukai tambahan RM1.7 bilion ini sebenarnya disiasat tiga kali sejak tahun 2018.

“Mereka sendiri akui, selepas tiga kali siasatan dijalankan dengan penuh teliti, mereka tidak menemui apa-apa kesalahan yang dilakukan dan tiada penalti cukai patut dikenakan.

“Tidak cukup dengan itu, arahan juga diterima oleh mereka untuk tidak membenarkan kes saya dibawa ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) untuk mempertikaikan keabsahan pengiraan LHDN untuk rayuan,” katanya.

Berikutan itu Najib berkata, beliau diarahkan membayar denda cukai tambahan membabitkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dikembalikan kepada penghantar, empat bulan selepas diterima.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.