nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Akta Kawalan Agama Tidak Sentuh Urusan Agama Lain

11 SEPT: Semua pihak diminta berhenti mempolemikkan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin Atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) yang sedang dirangka kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan perlu menggubal RUU seumpama itu bagi memelihara kesucian Islam tanpa menafikan hak agama lain.

“Undang-undang ini amat perlu untuk melindungi umat Islam dari pengaruh agama lain, selain pelbagai ajaran sesat terhadap umat Islam dan gejala murtad.

“Tindakan berkenaan tidak bermaksud menyekat penyebaran agama bukan Islam terhadap sesama mereka. Bahkan ia tidak menyentuh sedikit pun tentang urusan agama mereka.

“Orang bukan Islam tetap bebas menganut ajaran pilihan mereka dan sememangnya tidak ada paksaan mereka untuk memeluk Islam,” katanya kepada pemberita selepas selesai menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 25 orang pengayuh beca di Dataran Muhammadi, di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Datuk Ahmad Marzuk Shaary

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, polemik itu timbul selepas jawapan soalan tambahan dalam sesi soalan lisan di Parlimen oleh beliau bertarikh 26 November 2020, yang kemudiannya telah disebarkan dan dipetik di luar konteks oleh pihak tertentu.

Ahmad Marzuk berkata, jawapan berkenaan secara asalnya adalah penjelasan berkenaan perancangan strategik kerajaan bagi menggubal sekurang-kurangnya 11 undang-undang syariah utama, merangkumi penggubalan undang-undang baharu dan pindaan terhadap undang-undang sedia ada, termasuklah cadangan penggubalan RUU akta tersebut.

Beliau menjelaskan berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan (dalam konteks Wilayah Persekutuan) untuk melindungi kesucian agama Islam, iaitu dengan melarang penyebaran agama lain ke atas orang Islam.

Justeru, Ahmad Marzuk berkata pengembangan agama kepada penganut agama selain daripada penganut agama Islam adalah dibolehkan di sisi undang-undang.

“RUU ini juga bukanlah suatu perkara baharu. Sebanyak 10 negeri di Malaysia telah meluluskan enakmen yang sama sejak sekian lama lagi, kecuali empat buah negeri yang masih belum lagi berbuat demikian iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Dalam hal ini, Wilayah-wilayah Persekutuan turut diberikan kuasa yang sama untuk menggubal undang-undang berkaitan agama, yang terpakai hanya di Wilayah-wilayah Persekutuan, sama seperti negeri-negeri,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.