nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiga lokaliti di Sabah, Pahang dan Perak Dikenakan PKPD

11 SEPT: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan tiga lokaliti di Sabah, Pahang dan Perak bakal dikuatkuasakan Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Ahad dan Isnin ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata PKPD di Kampung Ulu Groh, Kampar, Perak akan dikuatkuasakan mulai esok.

Manakala, PKPD di Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif, Mukim Bebar, Pekan, Pahang serta Taman Semarak Megah, Tawau, Sabah, akan dikuatkuasakan mulai Isnin ini.

“Penguatkuasaan PKPD berkenaan dibuat selepas MKN meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, di semua kawasan terbabit.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Rodzi berkata selepas meneliti laporan dikemukakan oleh KKM kerajaan bersetuju untuk menamatkan beberapa PKPD di Pahang dan Sabah, mulai esok.

Beliau berkata antara PKPD ditamatkan esok ialah PKPD di Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok di Mukim Hulu Cheka, Jerantut, Pahang.

“Turut ditamatkan ialah PKPD di Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat serta empat kawasan di Putatan, Sabah iaitu Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan PPR Taman Seri Seringai,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.