nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong zahir rasa syukur ekonomi negara makin pulih

13 SEPT: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang bakal dibentangkan di Parlimen bakal memperkenalkan beberapa pembaharuan dasar dan transformasi struktur untuk membawa pembangunan negara pada asas yang lebih kukuh dalam tempoh lima tahun akan datang bagi merealisasi semangat “Keluarga Malaysia” dan mencapai matlamat “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan”.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah dasar  jangka sederhana dan panjang akan turut diperkenalkan bagi menangani isu-isu kesihatan, keselamatan, kemiskinan, kehilangan pekerjaan dan kelangsungan perniagaan, di samping melonjakkan pertumbuhan ekonomi bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Baginda berkeyakinan pembangunan negara dan taraf hidup rakyat akan terus meningkat serta jurang pembangunan antara wilayah dan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak akan dapat dirapatkan.

Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan perasaan syukur apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada suku tahun kedua 2021 berkembang sebanyak 16.1 peratus.

Seri Paduka bertitah, secara keseluruhan pelaksanaan pakej rangsangan, pembukaan semula ekonomi dan struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai  menunjukkan trend pemulihan ekonomi.

“Pemulihan tersebut didorong oleh langkah diperkenalkan termasuk bantuan tunai kepada rakyat serta pakej sokongan bagi kelangsungan perniagaan. Untuk separuh tahun kedua 2021, kerajaan telah memberi bantuan kepada 10 juta penerima daripada golongan B40 dan M40 termasuk Bantuan Khas Covid-19 yang bernilai RM10 bilion.

“Bagi perniagaan di bawah Pakej Pemulih, Geran Khas Prihatin bernilai RM1,000 akan dibayar kepada lebih satu juta perusahaan kecil sederhana mikro,” titah baginda semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 hari ini.

Sultan Abdullah tiba di Dewan Rakyat bangunan Parlimen bagi merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, demi kelangsungan perniagaan, Pemulih juga telah menyediakan subsidi upah sehingga empat bulan tambahan bernilai hampir RM4 bilion yang bakal memberi manfaaat kepada lebih 200,000 majikan.

“Meskipun pandemik Covid-19 telah memberi impak negatif terhadap sektor-sektor tertentu negara, Beta berkeyakinan ekonomi Malaysia akan mula menunjukkan pemulihan selari dengan peningkatan kadar vaksinasi penduduk dan seterusnya memberi keyakinan kepada semua pemegang taruh dan para pelabur,” titah baginda.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah juga menitahkan kerajaan supaya mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan lagi daya saing negara.

Yang di-Pertuan Agong, bertitah perbelanjaan yang sewajarnya perlu turut disediakan bagi membiayai langkah kesihatan awam, bantuan kepada golongan yang terjejas dan sokongan untuk menggiatkan aktiviti perniagaan selaras dengan pembukaan sektor ekonomi.

Al-Sultan Abdullah bertitah untuk membolehkan perbelanjaan tambahan bagi tujuan itu, kerajaan akan membentangkan cadangan di Dewan yang mulia ini bagi meningkatkan siling perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19 dan had statutori hutang kerajaan.

“Peningkatan daya saing negara juga perlu difokuskan terhadap usaha menambah baik ekosistem dan persekitaran perniagaan bagi meneroka penciptaan kekayaan baharu serta menambah nilai terutama oleh perusahaan kecil sederhana mikro.

“Perusahaan ini juga perlu diberi galakan untuk mengurus perniagaan secara digital demi untuk menjamin akses pasaran yang lebih luas, selain bidang pertumbuhan ekonomi baharu yang perlu segera dikenal pasti supaya Malaysia tidak ketinggalan di arena global,” titahnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.