nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hanya satu kawasan di Sabah dikenakan PKPD hari ini

20 SEPT : Hanya satu kawasan sahaja yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini iaitu Kampung Garib, Matunggong di Kudat, Sabah yang akan bermula Rabu ini.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad,  PKPD di kawasan tersebut akan dilaksanakan selama dua minggu hingga 5 Oktober ini dan semua prosedur operasi standard (SOP) sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Dalam pada itu, kerajaan hari ini juga memutuskan PKPD Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai di Lipis, Pahang yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan selama dua minggu lagi.

“Tempoh PKPD dilanjutkan bermula Rabu ini hingga 5 Oktober ini setelah kerajaan meneliti analisa Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pernilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit,” katanya menerusi kenyataan harian MKN hari ini.

Manakala menurutnya lagi, PKPD di tujuh lokaliti di Sabah akan ditamatkan esok mengikut tarikh yang dijadualkan, kecuali PKPD Kampung Lotong di Kota Marudu yang ditamatkan lebih awal daripada tarikh asal.

“PKPD yang ditamatkan ialah di Kampung Tanjung Batu Tengah di Tawau dan Taman Limauan, Kinarut, Papar serta dua lokaliti di Kota Belud iaitu Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi.

“Turut ditamatkan, PKPD Kampung Mompilis, Matunggong di Kudat dan Kampung Pahu Pinawantai di Ranau,” jelasnya.

PKPD Kampung Lotong bermula 1 September lalu pula yang sepatutnya tamat pada 28 September ini, akan ditamatkan lebih awal esok.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.