nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerakyatan automatik anak lahir luar negara

21 SEPT: Kerajaan wajar memberikan pertimbangan untuk memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik kepada anak warganegara Malaysia yang lahir di luar negara tanpa mengira ibu atau bapa kepada kanak-kanak berkenaan adalah warganegara.

Ahli Parlimen BERSATU Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris, berkata tindakan berkenaan adalah selaras dengan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan menetapkan sesiapa yang lahir pada atau selepas penubuhan Malaysia yang memiliki kelayakan Bahagian 2 Lampiran 2 adalah secara automatik menjadi warganegara Malaysia mengikut undang-undang.

“Saya juga menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh wanita warga Malaysia dan bapa bukan warganegara secara automatik berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia.

“Jadi saya menyeru supaya kerajaan mempercepatkan proses pemberian kad pengenalan merah yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh golongan berkenaan,” katanya ketika berucap di sesi titah diraja Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.

Pada 9 September lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh wanita warga Malaysia dan bapa bukan warganegara secara automatik berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia.

Dalam penghakimannya secara dalam talian hari ini, hakim Akhtar Tahir memutuskan wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing memiliki hak yang sama dengan lelaki warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia bagi anak mereka yang lahir di luar negara.

Saman tersebut difailkan kumpulan hak asasi Family Frontiers dan enam wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing, pada 18 Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata kerajaan perlu memperuntukan lebih banyak bekalan vaksin dan meningkatkan kadar vaksinasi di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Zakaria berkata tindakan berkenaan perlu kerana Sabah masih lagi ketinggalan dari segi kadar vaksinasi dengan jumlah kes baharu COVID-19 berada di tahap empat angka.

Beliau berkata jumlah kematian akibat COVID-19 di Sabah per 100,000 penduduk juga masih tinggi dan semakin membimbangkan.

“Bagaimanapun, kita faham bahawa hanya dengan peningkatan vaksinasi mampu mengurangkan kadar penularan COVID-19 dan membuka semula sektor ekonomi berkenaan.

“Jika dibandingkan Sabah dengan lain adalah amat jauh dari segi jumlah populasi menerima suntikan dos pertama dan kedua.

“Justeru, saya menyeru kerajaan memberikan lebih banyak dos suntikan COVID-19 dan mempercepatkan kadar vaksinasi di Sabah, selain pengguna alat bantuan pernafasan dan katil. Oleh itu kerajaan perlu membuat persediaan dan menyediakan lebih banyak peralatan dan tenaga kerja di hospital di Sabah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.