nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksinasi Walk-in Berjadual bermula Khamis ini

21 SEPT: Inisiatif vaksinasi kepada remaja secara terus atau ‘walk-in’ berjadual akan mula dilaksanakan bermula Khamis ini bagi mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kepada golongan tersebut. 

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini setelah mengambil kira Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) populasi dewasa yang hampir mencapai sasaran dan bilangan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam serta Integrasi telah menurun.

Beliau berkata, kesemua PPV di bawah Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Induk dijangka dihentikan operasi pada 15 Oktober depan dan pihaknya telahpun mengenal pasti 156 PPV Awam dan Integrasi di seluruh negara bagi tempoh peralihan ini. 

“Ini untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksinasi PICK-Remaja secara walk-in. Pelaksanaan kaedah walk-in berjadual akan dilakukan mengikut lokasi sekolah yang berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti dan akan dilaksanakan mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan. 

NOOR AZMI

“Jadual akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa. Pemberian Vaksin PICK-Remaja secara walk-in di 156 PPV hanya akan bermula pada 23 September 2021, melibatkan semua kategori remaja termasuk mereka yang tidak bersekolah.

“Bagi remaja yang tidak bersekolah, mereka dibenarkan walk-in di 156 PPV itu yang berdekatan dengan kediaman namun sekiranya kuota vaksin di PPV tersebut habis untuk hari tersebut, mereka yang akan diberi janji temu di PPV yang sama keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta yang berdekatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Dr Noor Azmi memaklumkan bagi remaja yang menuntut di institusi pengajian awam dan swasta, berumur di bawah 18 tahun dibenarkan walk-in ke semua PPV yang masih beroperasi pada ketika ini dengan menunjukkan pengenalan diri sebagai pelajar IPTA/IPTS.

Namun, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) berkata, ibu bapa atau penjaga perlu hadir bersama untuk menandatangani borang kebenaran vaksinasi mereka.

“Manakala bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV Sekolah, kumpulan pelajar ini perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan walk-in ke PPV Awam atau Integrasi.

“Sebagai langkah mengelakkan kesesakan di PPV, hanya salah seorang ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani remaja untuk tujuan vaksinasi,” katanya. 

“KKM menasihatkan ibu bapa memastikan remaja yang akan divaksinkan mendapat rehat pada malam sebelumnya, bersarapan pagi dan mengambil air secukupnya sebelum ke PPV. Ibu bapa perlu mengawasi remaja supaya tidak melakukan aktiviti lasak bagi tempoh tujuh hari selepas pemvaksinan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.