nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MATTA rayu kerajaan bantu segera industri pelancongan

21 SEPT: Kerajaan digesa membantu segera industri pelancongan yang kini berdepan masalah kewangan serius dan di ambang kemusnahan.

Namun, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang yakin bahawa industri pelancongan berpotensi untuk pulih semula dengan cepat. 

Menurut beliau, ini sekali gus membantu meningkatkan semula ekonomi negara, namun memerlukan kerjasama Kementerian Kewangan.

“Sehubungan itu, MATTA menggesa Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bantuan kewangan dalam Bajet 2022 yang akan diumumkan bulan depan.

KOK LIANG

“MATTA berharap Kementerian Kewangan memberi peruntukan yang khusus bukan sahaja untuk memastikan industri pelancongan termasuk pekerja industri mampu terus bertahan, tetapi juga untuk memperkasakan semula industri ini.

“Ini termasuk melanjutkan subsidi gaji, moratorium pinjaman bank secara automatik dan mengecualikan pembayaran faedah sehingga akhir tahun kepada mereka yang terjejas dengan pandemik,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Kok Liang memaklumkan, banyak syarikat pelancongan yang mengambil pinjaman kewangan tahun lalu dengan harapan kerajaan berupaya mengatasi pandemik dengan segera.

Menurut beliau, sehingga kini industri pelancongan masih terhad dengan hanya gelembung pelancongan Langkawi dibuka, namun pinjaman masih tetap perlu dibayar dengan kadar faedah walaupun setakat ini tiada pulangan.

“Bagaimana industri ini mahu bertahan? Ironinya ekonomi besar banyak terjejas, tetapi institusi kewangan masih mencatatkan keuntungan berbilion sepanjang pandemik.

“Justeru, Kementerian Kewangan perlu memberikan bantuan kewangan yang praktikal melebihi cukai insentif, rebat cukai atau penangguhan ansuran cukai berikutan syarikat pelancongan menanggung kerugian sejak 2020,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pada 2019, Malaysia menerima kedatangan 26 juta pelancong asing dengan hasil pendapatan berjumlah RM89.1 bilion, melebihi eksport minyak sawit sebanyak RM70 bilion dan sarung tangan getah (RM22 bilion).

“Justeru, kerajaan tidak sepatutnya mengabaikan industri pelancongan terutama dalam keadaan sekarang apabila sempadan negara masih ditutup sekali gus menyebabkan industri pelancongan terjejas.

“Keadaan ini jelas menyebabkan banyak syarikat pelancongan terjejas sedangkan banyak negara lain pulih dengan lebih cepat dalam menghadapi COVID-19,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.