nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Abd Latiff tinjau perkembangan banjir di Penampang

22 SEPT : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad hari ini melakukan lawatan kerja ke Penampang, Sabah untuk meninjau perkembangan terbaharu berhubung kejadian banjir yang melanda daerah itu 15 September lalu.

Menurut Abd Latif menerusi satu kenyataan dalam hantaran di Facebook rasminya, beliau telah diberi taklimat daripada Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sebaik tiba di Pejabat Daerah Penampang.

“Kemudian, saya diberikan taklimat oleh Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong tentang perkembangan kerosakan yang berlaku di daerah itu akibat banjir baru-baru ini.

“Berdasarkan taklimat yang diberikan, hujan lebat yang berterusan hanya selama tiga jam itu telah mengakibatkan banyak kerosakkan yang melibatkan harta benda,” katanya.

Abd Latiff diberikan taklimat oleh Jabatan Pengurusan Bencana Daerah dan Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong tentang perkembangan banjir di kawasan itu di Pejabat Daerah Penampang hari ini.

Katanya lagi,  sebanyak 937 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas teruk dengan 500 KIR adalah di Kg. Sugud sahaja, manakala sebanyak 10 buah rumah dihanyutkan arus banjir dan sebanyak 50 buah kenderaan mengalami kerosakan teruk akibat banjir kilat itu.

“Saya juga mendengar beberapa cadangan penambahbaikan, keperluan jangka panjang  serta bebarapa keperluan mendesak dalam menguruskan kawasan yang terjejas.

“Saya ambil perhatian serius untuk tindakan yang selanjutnya dalam memastikan pengurusan pemulihan di sini berjalan lancar,” jelasnya.

Kesemua penduduk di daerah Penampang dari beberapa buah kampung yang terjejas akibat banjir kilat itu telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang.

Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dilanda banjir selain berlaku tanah runtuh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.