nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPM sediakan manual penggiliran murid

23 SEPT: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengedarkan manual pengoperasian pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara penggiliran sebagai panduan kepada guru besar, guru, pelajar, ibu bapa dan penjaga, dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Radzi Jidin, berkata manual terbabit adalah bagi memastikan PdP secara penggiliran dapat dilaksanakan dengan baik sebaik sekolah dibuka mulai 3 Oktober ini.

Radzi berkata pihak sekolah dan guru juga akan menetapkan kumpulan murid dan giliran hadir ke sekolah, sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula.

“Guru kemudiannya akan memaklumkan kepada setiap kumpulan murid tentang persediaan yang perlu dilaksanakan semasa mereka menjalani pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) secara sendiri atau sebelum mereka hadir ke sekolah untuk PdP bersemuka.

RADZI

“Bagi kumpulan murid yang mengikuti PdPR secara sendiri, guru akan menjelaskan tentang aktiviti, latihan atau tugasan yang perlu dilaksanakan berdasarkan topik yang akan dipelajari.

“Di samping itu, guru akan turut memberi sumber rujukan yang boleh digunakan oleh murid semasa pembelajaran di rumah. Ini membolehkan murid mengikuti aktiviti pembelajaran melalui TV Pendidikan, rakaman video, pelantar DELIMa serta SumberKU,” katanya pada sesi pertanyaan menteri (MQT) di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan dikemukakan oleh Ahli Parlimen PH Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang meminta menteri berkenaan menjelaskan kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang sedang keliru mengenai kaedah melaksanakan pembukaan sekolah secara penggiliran 50 peratus PdP Bersemuka dan 50 peratus PdPR.

Tze Tzin juga bertanya mengenai perincian perlaksanaan dan bagaimanakah seorang cikgu mengajar PdP Bersemuka dan online PdPR pada masa yang sama.

Mengulas lanjut, Radzi berkata guru juga boleh memberi tugasan untuk murid membuat buku skrap, projek mudah, aktiviti amali mudah atau membaca buku, modul, buku teks dan nota.

Beliau berkata tugasan ini akan disemak oleh guru apabila murid kembali ke sekolah pada minggu berikutnya.

Katanya, bagi kumpulan murid yang mengikuti PdP secara bersemuka, selain daripada mengajar topik yang berkaitan, guru juga akan menjelaskan kepada murid tentang persediaan yang perlu dibuat sewaktu mereka berada di rumah untuk PdPR secara sendiri pada minggu berikutnya.

“Bagi memastikan keberkesanan pendekatan ini, guru akan merancang dan melaksanakan topik pembelajaran dengan mengambil kira baki kandungan kurikulum mata pelajaran yang ditetapkan dan penguasaan pembelajaran murid sepanjang tempoh penggiliran dilaksanakan.

“Guru boleh melaksanakan aktiviti pemulihan atau pengukuhan bergantung kepada keupayaan murid,” katanya.

Terdahulu, Radzi berkata satu pelan komprehensif pembukaan semula sekolah telah disediakan bagi memastikan murid dapat kembali belajar secara bersemuka di sekolah dalam keadaan selamat.

Beliau berkata berdasarkan pelan ini, KPM telah menetapkan supaya kapasiti murid di sekolah dihadkan pada kadar 50 peratus enrolmen keseluruhan.

“Bagi tujuan tersebut, kaedah yang digunakan adalah dengan mengehadkan kapasiti murid di dalam kelas kepada 50 peratus daripada jumlah murid dalam kelas tersebut. Justeru, sistem penggiliran murid hadir ke sekolah mengikut minggu akan dilaksanakan.

“Kaedah penggiliran ini membolehkan penjarakan fizikal dalam kelas yang lebih baik dan memudahkan pemantauan guru ke atas murid. Ini juga bagi mengurangkan kesesakan sewaktu pergerakan masuk dan penyuraian di sekolah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.