nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tindakan SPRM Siasat Anggota Sendiri Bukan Satu Kesalahan

23 SEPT: Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan menahan tiga pegawainya sendiri yang didakwa terbabit dengan kes kehilangan barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta milik seorang individu yang pernah disiasat badan berkenaan adalah tidak menyalahi undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata SPRM telah menjalankan siasatan kes ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) bagi kesalahan di bawah seksyen 23 (berhubung salah guna kuasa oleh pegawai badan awam) dan seksyen 36 (berhubung pemilikan harta yang berlebih-lebihan) serta tindakan pelucutan harta.

Beliau berkata, permulaan siasatan oleh SPRM adalah berdasarkan ‘first information report (FIR)’ yang diterima oleh SPRM adalah kerana kebertanggungjawaban undang-undang yang diperuntukkan di bawah Seksyen 29(1) Akta 694.

Katanya, aduan berhubung pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta 694 agar penyiasatan dapat dijalankan dengan menggunakan segala kuasa penyiasatan di bawah Akta 694 dan Kanun Tatacara Jenayah sebagaimana diperuntukkan lanjut di bawah Seksyen 29(3) Akta 694.

“Selain itu, Seksyen 67 Akta 694 memperuntukkan bahawa peruntukan  di bawah Akta 694 adalah terpakai ke atas SPRM bagi suatu ‘kesalahan ditetapkan (prescribed offence)’ yang antaranya merangkumi beberapa kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Penetapan kesalahan yang disiasat oleh SPRM berhubung kes ini adalah di bawah bidang kuasa SPRM sebagaimana agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.

“Oleh itu, kes ini turut disiasat oleh SPRM bagi kesalahan di bawah seksyen 403 (berhubung salah guna harta secara tidak jujur) dan seksyen 409 (berhubung pecah amanah jenayah) Kanun Keseksaan (Akta 574) di mana kesalahan– kesalahan tersebut merupakan kesalahan ditetapkan (prescribed offence) di bawah Akta 694.

“Tidak terhad kepada Akta 694 dan Akta 574, siasatan kes ini juga akan turut mempertimbangkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613),” katanya dalam penggulungan ucapan menjunjung kasih Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.

Datuk Seri Wan Junaidi

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata prosedur operasi standard (SOP) SPRM menetapkan kesegeraan yang munasabah diberi kepada pelaksanaan penyiasatan kes ini.

Berikutan itu, Wan Junaidi berkata SPRM telah pun mengambil tindakan segera memulakan penyiasatan kes ini dan menangkap ketiga-tiga pegawai berkenaan termasuk menahan reman mereka bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.


“Siasatan kes ini masih berjalan dan SPRM akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan profesional serta tiada kompromi untuk melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah.

“Bukan menjadi suatu perkara yang luar biasa bagi sesuatu agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap pegawainya sendiri asalkan ia termaktub di bawah bidang kuasa agensi masing-masing.

“Dalam hal ini, apabila FIR diterima oleh SPRM, adalah menjadi kewajipan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa kelengahan. Dalam tempoh siasatan bermula sehingga reman tamat, tiada sebarang laporan Polis yang dibuat oleh mana-mana pihak. Hanya selepas isu ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, barulah ada pihak yang membuat laporan polis,” katanya.

Oleh itu, Wan Junaidi semua pihak harus mempunyai keyakinan berterusan ke atas kewibawaan SPRM dalam mengendalikan kes ini.

“Mekanisme semak dan imbang di dalam struktur SPRM melalui tiga Jawatankuasa Pemantau Bebas iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Aduan (JKA) dan Panel Penilaian Operasi (PPO) yang diwujudkan samada melalui peruntukan undang-undang di bawah Akta 694 mahupun secara pentadbiran akan turut memastikan pelaksanaan penyiasatan kes ini oleh SPRM secara telus, bebas  dan profesional.

“Semua pihak perlu bersabar dan perlu yakin kepada SPRM dalam siasatan kes ini supaya kertas siasatan yang lengkap dapat dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk kajian serta keputusan dan mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat,” katanya.

Wan Junaidi juga mengesahkan bahawa beliau akan mengemukakan cadangan supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM direhatkan daripada tugasnya sehingga siasatan penuh dilakukan kepada Perdana Menteri dan Kabinet, dalam masa terdekat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.