nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD diumumkan di 3 lokaliti di Pahang

30 SEPT: Selepas julung kali tiada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diumumkan semalam, namun hari ini tiga lokaliti di Pahang dikenakan PKPD selama dua minggu, bermula esok.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata lokaliti tersebut ialah Kampung Bukit Serdang di Bera, bermula esok hingga 14 Oktober ini manakala Ladang FELDA Kechau 9, Mukim Kechau dan Taman Teratai, Mukim Budu di Lipis bermula Sabtu ini hingga 15 Oktober ini.

“Keputusan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti terbabit selepas kerajaan meneliti penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Rodzi berkata, kerajaan hari ini juga memutuskan untuk menamatkan PKPD empat lokaliti di Pahang termasuk tiga perkampungan Orang Asli di Temerloh yang dikenakan perintah itu sejak 4 September lalu.

“PKPD Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

“Selain itu, PKPD Penjara Penor di Kuantan juga ditamatkan esok,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.