nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Desas-desus Kerajaan Melaka bakal tumbang kuat kedengaran

1 OKT: Kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali goyah semakin kuat kedengaran apabila kerajaan baharu atau kerajaan perpaduan akan dibentuk dalam masa terdekat.

Satu sumber daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan konflik yang dilabelkan sebagai ‘Langkah Melaka’ itu berpunca daripada isu domestik antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri.

“Saya ingin menegaskan bahawa ‘Langkah Melaka’ ini bukan satu usaha PH (Pakatan Harapan) pusat mahupun PH pimpinan negeri.

“Malah, PH Melaka tidak pernah bertindak menumbangkan kerajaan negeri sejak PH ditumbangkan di Melaka.

SULAIMAN

“Pergolakan dalaman ini sudah berbangkit sekurang-kurangnya dua minggu yang lalu. Sekurang-kurangnya, empat ADUN kerajaan negeri tidak sehaluan dengan pimpinan negeri,” kata sumber itu sepertimana yang dilaporkan Malaysiakini.

Sementara itu, sumber sama juga mengesahkan bahawa semalam Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa dengan 11 ADUN PH di pejabatnya di Petaling Jaya.

“Saya turut menghadiri perjumpaan itu bersama-sama dengan wakil pemimpin PKR, DAP dan Amanah.

“Terdapat pelbagai maklum balas mengenai isu semasa di Melaka. Namun, secara amnya, semua pihak menghadiri perjumpaan setuju untuk menyertai jika mendapat undangan daripada kerajaan baharu,” katanya.

Buat masa ini, PH mempunyai 11 ADUN di Melaka masing-masing tujuh dari DAP, dua PKR sementara dua daripada Amanah.

Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan spekulasi mengatakan bahawa kerajaan negeri baharu di Melaka itu akan dipimpin BN selepas parti kerajaan di negeri itu memberi tawaran kepada pembangkang.

Dalam pertemuan di Petaling Jaya itu, ia turut dihadiri Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

“Mesyuarat yang diadakan hanya untuk membincangkan pendapat dan perkembangan terkini di Melaka. Tidak ada keputusan yang dibuat,” kata Loke.

Dia bagaimanapun menafikan menerima jemputan untuk PH membentuk kerajaan baharu dengan parti kerajaan ketika ini.

“Tidak betul untuk mengatakan mereka ada beri tawaran,” katanya.

Loke enggan mengulas lanjut, terutama berkaitan dengan kemungkinan kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam isu negari.

Laporan Sin Chew Daily memetik sumber mengatakan bahawa UMNO, BERSATU dan ADUN Bebas, menjemput PH untuk bekerjasama dan seterusnya kemungkinan berlaku perubahan kerajaan.

Laporan itu juga mengatakan bahawa beberapa ADUN, khususnya daripada DAP tidak setuju sekiranya PH bekerjasama dengan gabungan kerajaan negeri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.