nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semua Sektor Sosial, Ekonomi Wajib Vaksinasi Lengkap

1 OKT: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju agar setiap kemudahan yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal bagi semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Keputusan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan, bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan.

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira aspek keselamatan rakyat di samping melancarkan pembukaan semula ekonomi dan sosial serta memulakan proses peralihan ke fasa endemik dengan selamat.

“Peralihan fasa ini perlu dilaksanakan dengan pendekatan keseluruhan negara, atau whole-of-nation approach yang melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat dalam satu misi tunggal untuk merealisasikan hasrat ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

NOOR HISHAM

Justeru, Noor Hisham memaklumkan semua rakyat Malaysia diingatkan untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha membawa negara keluar daripada pandemik ini dengan mengamalkan perkara-perkara yang telah ditetapkan seperti mendaftarkan diri dan keluarga bagi mendapatkan vaksinasi. 

Menurut beliau, vaksinasi lengkap adalah antara langkah utama yang perlu dicapai bagi seluruh penduduk Malaysia agar dapat bersama-sama mengurangkan risiko penularan dan jangkitan COVID-19 serta risiko komplikasi serius dan kematian akibat COVID-19.

“Kepatuhan yang tinggi terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan; pemerkasaan individu, keluarga, dan masyarakat dalam mengambil tanggungjawab akan membawa negara keluar daripada pandemik ini. 

“Selain itu, memperkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri, jalani ujian saringan kendiri COVID-19 sekiranya bergejala dan sekiranya disahkan positif, lakukan tindakan yang bertanggungjawab dengan mengasingkan diri. 

“Kita adalah barisan hadapan untuk melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19. Seperti yang disebut Menteri Kesihatan, kita tidak selamat sehingga semua selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan sebanyak 98.50 peratus atau 11,710 daripada jumlah kes COVID-19 baharu yang direkodkan pada hari ini merupakan pesakit kategori satu dan dua.

Beliau berkata, angka selebihnya iaitu 179 kes bersamaan 1.5 peratus pula merupakan kategori 3, 4 dan 5. 

“Kes sembuh masih lagi mengekalkan rekod mengatasi kes harian apabila mencatatkan sebanyak 15,891 kes hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif sembuh meningkat kepada 2,070,715 kes.

“Jumlah kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga masih kekal di bawah paras 1,000 kes iaitu 850 kes serta 380 memerlukan bantuan pernafasan iaitu mencatatkan penurunan di bawah paras 500 sejak 30 Ogos lalu,” katanya. 

Sementara itu, Noor Hisham mengesahkan kluster baharu hari ini merekodkan 14 kluster dan daripada jumlah itu, tujuh daripadanya adalah kluster berkaitan tempat kerja, enam kluster komuniti dan satu kluster keagamaan. 

“Jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan setakat ini adalah 5,491 namun jumlah yang ditamatkan ialah 4,423 dan kini yang aktif sebanyak 1,068,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.