nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Terapkan budaya tidak bergantung kepada Kerajaan

5 OKT: Masyarakat perlu sentiasa bersedia dan bukan hanya mengharapkan bantuan agensi-agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan semata-mata ketika bencana berlaku. 

Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, kesiapsiagaan masyarakat amat penting untuk diterapkan ke dalam Keluarga Malaysia supaya ianya menjadi satu budaya.

Beliau berkata, budaya kesiapsiagaan dalam kalangan rakyat perlu melibatkan kerjasama bersepadu semua agensi kerajaan bermula dari peringkat pusat, negeri dan daerah serta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk orang perseorangan.

“Semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama bertepatan dengan tema Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021. Kejadian bencana yang semakin kerap berlaku dan hadir dalam pelbagai bentuk mewajarkan kita untuk sentiasa bersiap sedia. 

“Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 menekankan bahawa pengurangan risiko bencana merupakan tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama, membudayakan latihan secara bersepadu, terencana dan berkesinambungan. 

“Rakyat perlu berusaha untuk memaksimumkan tahap kesiapsiagaan bencana bagi memastikan keselamatan nyawa diutamakan dan meminimumkan kemusnahan infrastruktur serta mengurangkan kerugian kepada masyarakat, industri, kerajaan dan negara secara keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Terdahulu, Abdul Latiff mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melancarkan BKN 2021 bertempat di Pekarangan Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid; Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr. Aminuddin Hassim serta ketua-ketua agensi berkaitan pengurusan bencana.

Sambutan BKN diadakan pada bulan Oktober setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pelbagai pihak dari segenap lapisan masyarakat terhadap bencana khususnya bagi menghadapi musim tengkujuh / Monsun Timur Laut (MTL).

Dalam pada itu, Abdul Latiff memaklumkan pihak Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan koordinasi dan penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan efisien agar mangsa-mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak. 

Beliau berkata, budaya kesiapsiagaan bukan hanya amalan pada bulan Oktober tetapi menjadi suatu norma berterusan sehingga kita dapat mencapai community resilience.

“Sepanjang bulan Oktober ini terdapat 36 program dan aktiviti telah dijadualkan antaranya program Community Based Disaster-Risk Management (CBDRM), Webinar: Mengenali hazad dan bencana di dalam dan sekitar Malaysia, Forum Iklim Kebangsaan- Monsun Timur Laut 2021/2022 dan Tabletop Exercise (TTX) Pengurusan Bencana Bagi Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2021/22. 

“Aktiviti dan program ini adalah anjuran NADMA dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Sehubungan itu, semua pihak diharap dapat memberikan komitmen yang tinggi selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan pengurangan risiko bencana agenda penting negara dalam menjadikan pengurusan bencana lebih mampan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.