nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penduduk Kemaman tertinggi konflik dengan gajah

6 OKT: Daerah Kemaman di Terengganu mencatatkan bilangan kes gangguan gajah liar tertinggi di Semenanjung Malaysia, selain Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata berdasarkan rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), terdapat tiga kumpulan gajah yang sering menimbulkan konflik antara manusia dan haiwan liar berkenaan di Kemaman ialah Kumpulan Gajah Cerul (anggaran 35 ekor), Kumpulan Gajah Bandi (anggaran 25 ekor) dan Kumpulan Gajah Tebak (anggaran 15 ekor).

“Dalam tempoh 2015 hingga Ogos 2021, pihak PERHILITAN telah menerima sebanyak 251 aduan daripada penduduk kampung dan ladang dengan anggaran kerugian yang dicatatkan sebanyak RM3.5 juta.

“PERHILITAN juga menjalankan program kesedaran awam menerusi sesi-sesi dialog dan perbincangan bersama masyarakat setempat yang bertujuan untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada penduduk dalam pengurusan konflik gajah.

TAKIYUDDIN

“PERHILITAN  juga memberi khidmat nasihat berkaitan kaedah mitigasi terutamanya di kawasan pertanian yang bersempadanan dengan kawasan hutan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin mengesahkan seramai 600 orang renjer hidupan liar telah dilantik di bawah BP3 pada tahun ini yang terdiri daripada 160 orang Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT), 425 Orang Asli (OA) dan 15 Veteran PDRM (VPDRM) bagi menjalankan aktiviti penguatkuasaan di kawasan perlindungan dan Hutan Simpanan Kekal.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sedang melaksanakan Projek Pendigitalan Sumber dan Operasi Perhutanan untuk membantu menyelesaikan masalah yang melibatkan perancangan, pengurusan dan pemantauan hutan serta hasilnya.

Beliau berkata penggantian penggunaan cara kerja manual kepada penggunaan teknologi ‘Internet of things (IoT)’ dan digital menjadikan data lebih tersusun dan mudah dicapai serta mengurangkan ’human error’ dan ketirisan dalam proses kutipan hasil kayu bulat yang sering berlaku di lapangan.

“Di bawah projek ini, JPSM akan membangun, memperluas dan mengukuhkan pelbagai sistem aplikasi teras perhutanan, aplikasi sokongan, aplikasi berasaskan geospatial, aplikasi mobile dan laman sesawang sedia ada.

“Melalui pelaksanaan projek ini, pengurusan hutan secara berkekalan akan diperkasakan dengan menjadikan ICT serta teknologi geospatial sebagai pemangkin ke arah transformasi maklumat yang komprehensif dan berkualiti. Projek ini dijangka siap pada akhir tahun 2024,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.