nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Politik yang meresahkan rakyat Melaka

Sekali lagi negara dikejutkan dengan episod pergelutan politik. Semalam, kerajaan Melaka pula tumbang. Kali ini, pemimpin UMNO pula berlaga sesama sendiri di Melaka.

Kerajaan negeri yang diterajui pemimpin UMNO ini nampak tenang dipermukaannya, namun rupanya berkocak di dalam sehingga runtuhnya kerajaan Melaka yang diterajui Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Apapun yang berlaku, konflik dalaman yang bergolak, rakyat tidak mahu tahu. Apa yang tergambar di mata fikiran rakyat hari ini ialah, ahli politik, terutama daripada UMNO tidak habis-habis berebut kuasa.

Sebelum ini, kerana tindakan segelintir pemimpin UMNO, maka kerajaan pusat yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dari BERSATU tumbang.

Kini kerajaan negeri Melaka pula tumbang, ironinya dilakukan oleh pemimpin UMNO jua.

Tindakan meruntuhkan kerajaan seperti ini,  yang boleh membawa kepada keadaan terpaksa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah sesuatu yang meresahkan rakyat di kala negara masih belum selesai bergelut dengan pandemik.

Rakyat baharu sahaja menarik nafas lega dengan MoU kerajaan dan pembangkang baru-baru ini, apabila bersetuju menamatkan permusuhan politik demi menstabilkan fokus kerajaan dalam menghadapi pandemik.

Perasaan cemas rakyat ketika berlakunya perubahan kerajaan apabila beberapa ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertukar lega apabila Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan gencatan politik dengan semua parti sebagai menyahut seruan Agong, kecuali Pejuang dan Amanah.

Rakyat juga menarik nafas lega apabila keadaan jangkitan COVID-19 sudah mula mahu pulih di mana sebelum ini puluhan ribu dijangkiti dan wad di hospital penuh sesak dengan pesakit.

MoU antara kerajaan dan pembangkang berjaya dicapai dalam usaha untuk menstabilkan situasi politik negara bagi menghadapi ancaman pandemik COVID-19.

Namun, kelegaan itu terbantut apabila tidak semena-mena,  kerajaan Melaka pula tumbang dan ada pula pemimpin UMNO yang mahu mencadangkan agar pilihan raya negeri diadakan.

Tindakan dan cadangan itu bukan sahaja meresahkan rakyat, bahkan secara jelas melanggar titah Agong dan Raja-Raja Melayu yang mahukan kestabilan politik bukan sahaja di pusat, bahkan termasuk di negeri-negeri.

Adakah pemimpin UMNO di Melaka tidak mengambil iktibar dengan apa yang berlaku selepas PRN di Sabah?

Keputusan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Seri Shafiee Apdal untuk mengadakan PRN Sabah, ternyata satu keputusan yang silap dalam keadaan pandemik, apabila selepas itu kes jangkitan COVID-19 melonjak naik sehingga ke hari ini.

Apakah pemimpin politik boleh menjamin, sekiranya berlaku PRN di Melaka, tiada penularan jangkitan yang berlaku?

Cadangan untuk mengadakan PRN Melaka ini juga ditentang oleh beberapa pemimpin politik antaranya bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Keruak dan parti DAP.

Sebab itu, ketika segelintir pemimpin UMNO bertindak menjatuhkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, BERSATU Johor memilih untuk tidak bertindak balas dan kekal menyokong Datuk Ir Hasni Mohammad dari UMNO untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.

Bukanlah kerana BERSATU tidak ada kekuatan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO di Johor, tetapi ini kerana ketika dalam pendemik, tindakan seperti itu hanya akan menyusahkan pentadbiran negeri, sekaligus menyusahkan rakyat.

Ini termasuk dengan amaran Sultan Johor agar perkara itu tidak berlaku di negeri Baginda.

Pilihan Raya Umum boleh dijangkakan akan berlaku mungkin dalam tempoh kurang dari setahun setengah dari sekarang. Perdana Menteri juga telah memberikan kata janjinya, selesai pandemik, PRU akan diadakan.

Justeru, tidak bolehkah pemimpin UMNO bersabar membuat sebarang percaturan politik pada PRU nanti?

Apakah pemimpin UMNO di Melaka tidak fikir, tindakan meruntuhkan kerajaan disaat seperti ini hanya memberikan imej yang lebih buruk kepada parti, setelah apa yang berlaku kepada kerajaan pusat sebelum ini?

Simpanlah masalah dalaman itu dan selesaikanlah tanpa menggangu gugat perjalanan kerajaan dan rakyat.

Jangan kerana nafsu ahli politik, maka kerajaan runtuh dan rakyat menerima bahana akibat perbuatan itu.

Jangan melelong sekupang dua dengan kata-kata kononnya tindakan yang dilakukan ini semuanya kerana rakyat.

Rakyat sudah muak dan bosan dipergunakan nama mereka untuk kepentingan dan agenda peribadi ahli politik.

Kehendak rakyat ketika ini, bukan seperti kehendak ahli politik.

Rakyat mahu kerajaan pusat, kerajaan negeri yang stabil. Rakyat mahu ahli politik fokus terhadap usaha mengembalikan kestabilan ekonomi,  mengekang penularan pandemik dan membantu rakyat yang terjejas.

Itu kehendak rakyat, dan seharusnya ahli politik dan Ahli Parlimen akur dengan kehendak itu kerana mereka ini dipilih oleh rakyat.

Khalid Ibnu Hamzah

Get real time updates directly on you device, subscribe now.