nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ahmad Maslan tarik diri pencalonan Timbalan Speaker

7 OKT: Ahli Parlimen BN-Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, hari ini, menarik diri daripada pencalonan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas selaku Setiausaha Agung UMNO.

Ahmad menjelaskan beliau membuat keputusan berkenaan selepas berfikir panjang dan mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan tertinggi UMNO termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau terpaksa memilih untuk menarik diri daripada pencalonan untuk jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana bimbang tidak mampu membahagikan tugas di Parlimen dan sebagai Setiausaha Agung UMNO kelak.

“Malah, jika dipilih sebagai Timbalan Speaker kebebasan saya untuk bercakap ketika perbahasan Dewan Rakyat juga akan terbatas biarpun saya seorang yang suka bercakap dan mengemukakan pelbagai cadangan bernas.

Jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat kosong selepas Azalina meletak jawatan baru-baru ini.

“Dalam masa lima minit saya boleh kemukakan 25 cadangan. Jika saya duduk di kerusi Timbalan Speaker itu saya mahu bercakap apa…sekadar suruh Ahli Parlimen duduk, berhenti bercakap dan keluar Dewan Rakyat sahaja.

“Jika saya menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat saya sudah tidak boleh lagi bersuara dan mengemukakan cadangan di Parlimen seperti biasa,” katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan dari mula lagi pencalonannya dibuat oleh Perdana Menteri bukan beliau yang melobi untuk dicalonkan sebagai Timbalan Speaker bagi menggantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Berikutan itu, Ahmad berkata beliau berharap Perdana Menteri dapat mencalonkan nama Ahli Parlimen BN lain untuk pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu juga menjelaskan tindakannya menarik diri sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat tiada kena mengena dengan keputusan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) telah membuat pendirian bahawa tidak ada keperluan untuk mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada masa ini.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kewujudan dua Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sepertimana yang termaktub dalam Perkara 57(1)(b) Perlembagaan Persekutuan adalah memadai bagi tujuan menjamin kelicinan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.

Muhyiddin juga memaklumkan peruntukan Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan mana-mana Ahli Parlimen mempengerusikan Mesyuarat Dewan Rakyat pada masa ketiadaan Yang Di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat juga adalah memadai bagi tujuan menjamin kesempurnaan perjalanan Mesyuarat Dewan Rakyat. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.