nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia ketengah isu perubahan iklim

11 OKT: Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) merentasi ekonomi sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pada 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dibentangkan pada Sidang Kemuncak Pemimpin Dunia (World Leader’s Summit) serta Persidangan Ke-26 Negara Ahli kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) yang dijadualkan di Glasgow, Scotland, pada 31 Oktober hingga 12 November depan.

Pengurangan intensiti itu, katanya dibuat tanpa syarat (unconditional) dan ia adalah 10 peratus lebih tinggi daripada sasaran sebelum ini.

Katanya, pencapaian sasaran itu adalah tertakluk kepada hasil kajian Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (LT-LEDS) yang akan dimuktamadkan pada akhir 2022 oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

“Buat julung kali, pendirian negara yang bakal dibentangkan di UNFCCC COP-26, dibincangkan pada peringkat tertinggi negara melalui platform Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC).

“Walaupun saya bersama Menteri Alam Sekitar dan Air (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) tidak dapat menghadiri World Leader’s Summit pada 1 hingga 2 November depan dan UNFCCC COP-26, keputusan mesyuarat memberi mandat kepada delegasi diketuai KASA untuk menyampaikan Kenyataan Negara.

“Antara intipati perbincangan dan keputusan mesyuarat yang akan diketengahkan dalam Kenyataan Negara, ialah pelaksanaan Skim Perdagangan Karbon Domestik (DETS) oleh KASA, dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Bursa Malaysia Berhad,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat MyCAC, hari ini.

Ismail Sabri berkata, intipati lain termasuk meningkatkan penjanaan tenaga boleh baharu, sasaran perolehan 100 peratus kenderaan kerajaan yang bukan berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE) menjelang 2030, dan mengekalkan sekurang-kurang 50 peratus litupan hutan negara.

Seterusnya, menggalakkan ‘zero waste’ dan kitar semula, serta pembangunan bandar rendah karbon melalui Pelan Induk Bandar Rendah Karbon dan konsep ekonomi kitaran.

Beliau berkata, kerajaan juga mengambil kira faktor perubahan iklim dalam reka bentuk kejuruteraan sistem infrastruktur berkaitan air, bagi memastikan pengurusan air secara lestari.

Di samping itu, menggalakkan lebih banyak pihak swasta menjadikan aspirasi pelepasan GHG bersih sifar dalam agenda kelestarian operasi syarikat.

Perdana Menteri menegaskan, isu perubahan iklim perlu ditangani segera dengan mengambil kira impak fenomena pemanasan global akibat peningkatan pelepasan GHG susulan aktiviti manusia.

Beliau berkata, keadaan itu akan memberi kesan terhadap sistem iklim global, sekali gus menyebabkan kejadian cuaca lebih ekstrem.

Selain itu, pemanasan global juga akan memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi negara sekiranya tidak ditangani secara bersama dengan segera.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.