nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekalan Air Di Selangor Pulih Lebih Awal

13 OKT: Gangguan bekalan air di Lembah Klang terlalu kerap terjadi bagaikan tiada kesudahan, dengan pelbagai alasan diberikan sebagai puncanya. 

Ini termasuklah disebabkan pencemaran, paip pecah dan bocor, tekanan air rendah malah terbaharu, bermula hari ini hingga 16 Oktober ekoran pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan kritikal yang menyebabkan henti tugas di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). 

Penutupan itu menyebabkan sebanyak 998 kawasan di Lembah Klang khususnya di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi. 

Walau bagaimanapun, kerajaan Negeri Selangor memaklumkan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset-aset kritikal di LRA SSP1 berjalan lancar dan lebih awal daripada jadual asal. 

AMIRUDIN

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan setakat 3 petang tadi, kerja-kerja tersebut mencapai tahap 76.4 peratus, iaitu lebih awal daripada jadual asal iaitu 65 peratus.

“Kerja pembaikan dan penyelenggaraan dijangka siap pada malam ini.

“Insya-Allah bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat selepas itu mengikut jadual,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Pengurusan Air Selangor turut mengesahkan perkara itu yang memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di loji tersebut telah dimulakan pada 9 pagi tadi dan dijangka siap 11 malam ini.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam pada 16 Oktober ini. 

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula 5 petang, 14 Oktober setelah sistem bekalan air distabilkan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. 

“Air Selangor akan menyediakan bantuan air alternatif melalui lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC) dan pusat pemberian vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian,” katanya. 

Senarai lengkap kawasan terjejas, pili air awam dan stesen pengisian air komersial boleh didapati di Lampiran A dan juga laman pautan hentitugas.airselangor.com.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau mengajukan sebarang pertanyaan dan aduan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.