nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wisma Putra nafi dakwaan Menteri Israel

20 OKT: Wisma Putra secara tegas hari ini menafikan kenyataan Menteri Israel semasa wawancara dengan Erem News baru-baru ini yang mendakwa Malaysia mungkin menyertai Perjanjian Abraham dan menormalkan hubungan dengan Israel.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Malaysia teguh dengan komitmennya yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menentang pencerobohan berterusan serta penindasan sistematik Israel di bumi Palestin.

Beliau berkata, Malaysia akan terus aktif melaksanakan agenda bilateral Palestin, termasuk dalam berbagai forum serantau dan antarabangsa untuk merealisasikan aspirasi rakyat Palestin demi kebebasan dan Negara Palestin yang merdeka.

“Sokongan berterusan Malaysia kepada perjuangan Palestin juga sebagai pengiktirafan terhadap aspirasi generasi baharu pejuang dan aktivis Palestin,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin berkata, Malaysia akan terus memberikan sokongan politik dan moral, serta bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan menerusi organisasi antarabangsa seperti Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat, serta memudahkan kerja pertubuhan masyarakat awam Malaysia bagi rakyat Palestin.

Menurut laporan media, Menteri Kerjasama Serantau Israel, Issawi Frej pada Isnin berkata, Oman, Tunisia, Qatar dan Malaysia mungkin menyertai Perjanjian Abraham.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memulakan Perjanjian Abraham 2020, yang menyaksikan beberapa negara, iaitu Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi menormalkan hubungan dengan Israel

Get real time updates directly on you device, subscribe now.