nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dewan Rakyat sebulat suara luluskan pindaan RUU PDIM

26 OKT: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) (Pindaan) 2021 diluluskan bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus korporat organisasi itu.

RUU itu diluluskan dengan undi sebulat suara selepas 10 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan bagi membolehkan ia dipinda menjadi satu akta dengan pindaan Fasal 1 hingga Fasal 56.

Dengan kelulusan itu, pindaan RUU membolehkan PIDM memperkasakan kesediaan dan kecekapan operasinya dalam melaksanakan fungsi dan peranannya dalam kestabilan sistem kewangan Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Yamani Hafez Musa, berkata premium dan levi institusi anggota PIDM dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran penyelarasan kuasa PIDM dan membetulkan kesilapan tipografi.

“Fasal 4 hingga 8 adalah pindaan untuk meningkatkan keberkesanan dan kebertanggungjawaban tadbir urus Lembaga PIDM.

“Dengan ini Pengarah Ex-Officio PIDM, iaitu Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Gabenor Bank Negara Malaysia diberi kuasa untuk melantik pengarah silih ganti masing-masing, untuk menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah sekiranya Pengarah Ex-Officio tidak dapat menghadirkan diri.

“Satu peruntukan baharu diperkenalkan untuk memupuk kepelbagaian lembaga dengan tujuan memastikan Lembaga Pengarah PIDM mempunyai wakil yang seimbang dalam bidang kepakaran dan pengalaman yang berkenaan dan mengikut keperluan semasa, tahap pembangunan dan aspirasi PIDM,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan.

Yamani Hafez Musa

Beliau menjelaskan dengan pindaan itu, PIDM juga dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan pantas bagi menangani krisis kewangan yang berlaku terhadap institusi anggota PIDM.

“Ia demi memastikan kestabilan sistem kewangan selaras dengan prinsip teras dan amalan terbaik bagi sistem perlindungan konsumer dan kuasa resolusi yang berkesan.

“RUU ini akan memperkasakan kesediaan dan kecekapan PIDM dalam melaksanakan tanggungjawab statutorinya seperti dalam Seksyen baharu 97A (di bawah Fasal 30) memperuntukkan bahawa PIDM akan merangka, mengkaji semula dan meminda pelan resolusi bagi institusi anggotanya.

“Perancangan resolusi pra-rancangan yang dibuat awal sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan berlakunya kegagalan institusi anggota,” katanya.

Beliau juga menjelaskan dengan adanya pra-perancangan membolehkan pengendalian kegagalan institusi anggota dilakukan secara lebih teratur tanpa menyebabkan gangguan sistemik kepada sistem kewangan.

“Di bawah Akta PIDM, perbadanan ini wajib menguruskan enam kumpulan dana berasingan bagi setiap industri, iaitu perbankan komersial, perbankan Islam, insurans hayat, insurans am, takaful keluarga dan takaful am.

“Fasal 9 bertujuan mempertingkatkan kecekapan pengurusan kumpulan dana oleh PIDM, terutamanya sekiranya berlaku kegagalan institusi anggota.

“Pindaan ini juga mendapat kelulusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. PIDM mempunyai tadbir urus syariah yang mantap untuk memastikan pematuhan keperluan syariah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.