nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Guru enggan vaksin berdepan tindakan selepas 1 November

26 OKT : Guru yang enggan menerima suntikan vaksin diberikan tempoh sehingga 1 November ini sebeluml tindakan selanjutnya diambil.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia adalah selaras dengan ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengkehendaki semua penjawat awam patuh kepada pekeliling mewajibkan mereka melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum 1 November atau berdepan tindakan tatatertib.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ada guru yang sebelum ini enggan divaksin  mengubah fikiran dan setuju menerima dos pertama.

“Kita terus memantau perkembangan semasa di mana senarai guru yang enggan divaksin berubah.

“Kumpulan guru enggan divaksin boleh menjejaskan operasi sekolah dan tindakan segera perlu diambil termasuk menukar guru terbabit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Samariang hari ini.

Datuk Dr Radzi Jidin

Katanya lagi, pertukaran perlu dilakukan bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas, selain memastikan guru yang lengkap divaksin tidak terkesan.

Tambah Radzi, sebagai contoh, murid berkeperluan khas memerlukan guru berdamping dengan mereka sepanjang masa.

“Jika ada kalangan guru (mengajar murid berkeperluan khas) enggan divaksin, tentu ia akan menjejaskan operasi sekolah kerana kita berpegang kepada prinsip asas iaitu jika tidak divaksin, tidak boleh mengajar secara bersemuka,” katanya.

Mengenai program imunisasi pelajar berusia 12 hingga 17 tahun, beliau berkata, secara keseluruhannya 80 peratus sudah menerima dos pertama malah ada negeri yang sudah mencapai 90 peratus.

Radzi berkata, sebahagian besar pelajar Tingkatan Lima dan Enam sudah lengkap vaksinasi dan KPM berpuas hati apabila proses imunisasi berjalan lancar.

“Bagi vaksinasi pelajar sekolah rendah, kita akur dengan keputusan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ketika ini KKM menjelaskan tiada vaksin sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan jika ada, KKM bersedia memberi vaksin kepada golongan itu, kami akan bekerjasama penuh,” katanya.

Mengenai isu sekolah daif, beliau berkata KPM perlu menyelesaikan perkara asas terlebih dahulu iaitu berkaitan status pemilikan tanah.

Katanya, aspek pemutihan tanah perlu diselesaikan kerana tanpa penukaran hak milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, bangunan sekolah tidak boleh dibina di kawasan dinyatakan.

“Begitu juga isu sekolah yang perlu dibina baharu. Ia bukan sahaja membabitkan sekolah yang daif struktur fizikalnya tetapi ada sekolah yang masih elok namun kerap berdepan masalah banjir selain berlaku pergerakan tanah di tapak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.