nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM700 untuk penjawat awam, pesara RM350

29 OKT: Kerajaan mengumumkan RM700 Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM350 untuk satu juta pesara kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan khas itu memberikan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

Katanya, bantuan khas itu langkah kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan
penuh dedikasi.

“Semua inisiatif yang dibentangkan pada hari ini tidak akan bermakna sekiranya pelaksanaannya tidak sampai kepada ahli Keluarga Malaysia dengan tuntas dan berkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga bercadang untuk menambah baik beberapa kemudahan anggota perkhidmatan awam termasuklah menurunkan kadar keuntungan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam daripada 4 kepada 2 peratus.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperuntukkan RM365 juta antaranya bagi menyelenggara kuarters dan bangunan guna sama di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah.

Katanya, kerajaan juga akan meneruskan inisiatif Perlindungan Kemalangan Diri sehingga RM100 ribu untuk manfaat RM40 ribu peminjam baharu LPPSA.

“Skop perlindungan ini akan diperluas dengan penambahan tiga jenis perlindungan baharu merangkumi hilang upaya separa, sebahagian dan kekal, badal haji serta perbelanjaan pemulihan kecederaan disebabkan kemalangan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata kerajaan juga akan meningkatkan Kadar Bayaran Insentif Pengawasan Banduan daripada RM150 kepada RM200 sebulan yang bakal memanfaatkan lebih 14,000 pegawai penjara.

“Sebagai tambahan, elaun ini juga dipanjangkan kepada 775 pegawai kader di institusi penjara yang terlibat dalam tugas pengawasan banduan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga akan meningkatkan Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (atau PVR) daripada RM7.80 kepada kepada RM9.80 sejam untuk pegawai dan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk anggota yang bakal memanfaatkan hampir 10,000 PVR.

Dalam pada itu, kerajaan juga akan memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan.

Beliau berkata langkah berkenaan adalah sebagai membalas jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan menjaga dan merawat penghuni warga emas, OKU dan pesakit mental.

“Dalam menangani krisis COVID-19, ramai penjawat awam terutamanya barisan hadapan tetap komited kepada tugasannya dan antaranya tidak berpeluang bercuti.

“Bagi mengiktiraf pengorbanan tersebut, sukacita diumumkan gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari.

“Kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.