nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RM1 bilion untuk basmi kemiskinan tegar

22 NOV: Kerajaan akan memperuntukan RM1 bilion bagi melaksanakan projek khas pembasmian kemiskinan secara lebih berfokus mengikut lokaliti tertentu, pada tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sudah meluluskan pecahan agihan peruntukan RM1 bilion kerana kerajaan tiada peruntukan khusus bagi menangani masalah kemiskinan tegar.

Mustapa berkata sebahagian besar peruntukan berkenaan atau RM500 juta adalah untuk melaksanakan projek pembasmian masalah kemiskinan tegar di seluruh negara.

MUSTAPA

“Setiap negeri akan diberikan peruntukan khusus bagi mengenal pasti beberapa lokaliti untuk kita melaksanakan projek membasmi kemiskinan tegar secara bersasar dan berfokus di mana kita akan mengambil tindakan secara holistik membabitkan pelbagai agensi kerajaan negeri, Kerajaan Pusat, universiti awam, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Peruntukan ini akan diagihkan kepada semua negeri dengan Sabah dan Sarawak akan menerima dana lebih besar kerana kedua-dua negeri berkenaan besar,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2022 peringkat jawatankuasa di Parlimen hari ini.

Berikutan itu, Mustapa berkata Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah JPM akan mengadakan perbincangan dengan semua kerajaan negeri dalam masa terdekat bagi mengenal pasti kawasan mempunyai ramai penduduk miskin tegar sama ada di bandar mahu pun luar bandar.  

Beliau berkata tindakan itu perlu bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti strategi bagi menangani masalah kemiskinan tegar di bandar luar bandar.

“Kita akan bawakan cadangan berkenaan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan sebelum projek membasmi kemiskinan tegar secara bersasar di seluruh negara mula dilaksanakan mulai Februari atau Mac tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata sebanyak RM350 juta daripada peruntukan RM1 bilion berkenaan akan digunakan untuk melaksanakan projek kecemasan dan kritikal serta berimpak besar membabitkan kepentingan rakyat yang tidak tersenarai dalam Bajet 2022 kerana sebab tertentu.

Beliau berkata dana berkenaan juga akan digunakan untuk melaksanakan projek berimpak tinggi di kawasan tanah rancangan FELDA.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.