nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Surat pekeliling pertukaran guru baharu lebih berkesan

30 NOV: Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) baharu bagi pertukaran guru akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memastikan urusan pertukaran mereka dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata surat pekeliling SPI KPM Bil 7/2021: Pelaksanaan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Sekolah dan Kolej Vokasional dikeluarkan pada 23 September lalu bagi menggantikan SPI Bil 3/75: Panduan Bagi Pertukaran Guru-Guru dan SPI Bil 1/1978: Tarikh Bagi Pertukaran Guru-Guru, dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Beliau memaklumkan, SPI itu turut menyertakan garis panduan sebagai rujukan kepada pengetua atau guru besar dan PPP yang berkhidmat di sekolah serta kolej vokasional di bawah KPM.

“Berdasarkan kepada garis panduan itu, KPM menetapkan tiga prinsip asas pertukaran iaitu kekosongan jawatan, keperluan opsyen dan kepentingan serta keperluan perkhidmatan.

RADZI

“Dalam hal ini, permohonan pertukaran boleh dibuat berdasarkan kepada beberapa kategori iaitu kesihatan, keselamatan, mengikut pasangan dan lain-lain,” katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Ahli Parlimen GPS-Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang bertanya dasar terkini kerajaan dalam usaha penempatan semula guru berasal dari Sarawak yang bertugas di Semenanjung supaya dapat ditempatkan semula di Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai SPI berkenaan, Radzi berkata, antara masalah yang dikenal pasti KPM berhubung isu pertukaran guru adalah asas yang digunakan selama ini berpandukan SPI lama, yang mana pertukaran dan penempatan guru dibuat secara berasingan.

“SPI yang menjadi asas pertukaran guru yang digunakan selama ini dikeluarkan pada 1975 dan 1978…terlalu lama.

“Apa yang berlaku sebelum ini, biasanya pertukaran guru dibuat secara berasingan dengan penempatan baharu, yang buat penempatan guru akan tempatkan guru dan yang buat pertukaran, akan buat pertukaran guru.

“Jadi disebabkan hal ini, jumlah (guru) yang boleh bertukar tidak ramai. Dalam pendekatan baharu ini, kita laksanakan penempatan guru selaras dengan pertukaran, jadi kita boleh maksimumkan jumlah pertukaran dan insya-Allah, kita akan dapat selesaikan masalah ini secara lebih menyeluruh,” katanya.

Radzi berkata, kategori bagi guru yang berjauhan daripada pasangan sememangnya menjadi keutamaan untuk permohonan pertukaran, namun dalam konteks tertentu, opsyen mata pelajaran yang diajar guru berkenaan sudah melebihi keperluan yang diperlukan di negeri yang dimohon.

“Justeru, tindakan terbaik yang kita lakukan adalah menawarkan negeri atau daerah terdekat dengan kawasan asal atau tempat tinggal guru berkenaan,” katanya.

Menjawab soalan King Sing mengenai langkah mengatasi masalah elaun guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung, Radzi berkata, penjawat awam termasuk guru bagi kategori itu layak menerima elaun Bayaran Insentif Perumahan Wilayah (BIPW), selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001: Elaun Perumahan Wilayah Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah.

“Kadar bayaran BIPW adalah berbeza mengikut gred jawatan dan lokasi di mana guru itu berkhidmat.

“Sebarang perubahan kepada kadar bayaran insentif ini adalah tertakluk kepada pertimbangan agensi pusat dan kedudukan kewangan semasa kerajaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.