nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih RM80 juta disalur bantu industri pelancongan

30 NOV: Kerajaan memperuntukan lebih RM80 juta menerusi pelbagai pakej rangsangan ekonomi bagi membantu pengusaha dan penggiat industri pelancongan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19, sejak tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar berkata kerajaan telah melancarkan beberapa pakej rangsangan ekonomi seperti PENJANA, PEMERKASA, PEMULIH dan PEMERKASA Plus yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi dan memastikan kesinambungan perniagaan sambil mengekalkan pekerjaan, terutamanya rakyat Malaysia.

Beliau berkata antara bantuan khas yang diberikan kepada penggiat industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 adalah seperti bantuan khas one-off sebanyak RM3,000 kepada agensi pelancongan yang berdaftar dan berlesen dengan MOTAC.

“Kerajaan juga memberikan bantuan kewangan one-off RM500 kepada pemandu pelancong (Semenanjung Malaysia & Sarawak), manakala bantuan kewangan one-off sebanyak RM1,000 kepada pemandu pelancong Sabah (lebih 8,000 orang pemandu pelancong di seluruh negara)

SANTHARA

“Selain itu, bantuan khas one-off sebanyak RM600 kepada pengendali inap desa di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia (lebih 2,800 pengendali inap desa),” katanya ketika menjawab soalan di sesi jawab lisan di Parlimen hari ini;

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen BN, Datuk Ahmad Nadzlan Idris, yang meminta menteri berkenaan menyatakan jenis bantuan yang diberikan kepada pengusaha pusat pelancongan yang terkesan dengan masalah wabak COVID-19 agar mereka boleh membuka kembali perniagaan mereka.

Dalam pada itu, Santhara berkata kerajaan juga menyediakan Bantuan Kewangan Geran Khas Prihatin sebanyak RM 1,000 secara one-off kepada pengusaha spa dan pusat urutan kaki berdaftar dengan MOTAC (570 pengusaha Spa dan Pusat Urutan Kaki).

Beliau berkata kerajaan juga menyediakan Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) berjumlah RM 1 bilion yang bertujuan untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan (Bank Negara Malaysia).

“Pelanjutan diskaun bil elektrik 10% bermula Oktober hingga 31 Disember 2021 kepada pengusaha hotel, pengendali taman tema, pusat konvensyen, pusat membeli-belah dan pengusaha pelancongan (TNB);

“Pengecualian cukai pelancongan (RM 10/bilik/malam) dan cukai perkhidmatan (6%) oleh pengusaha hotel sehingga 31 Disember 2021 (LHDN/MOF),” katanya.

Selain itu beliau berkata kerajaan juga memberikan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan oleh syarikat sehingga 31 Disember 2021 (PEMERKASA) (LHDN/MOF).

“Sokongan kepada majikan menerusi Program Subsidi Upah 4.0 iaitu kadar bantuan sebanyak RM600 setiap pekerja selama empat bulan dan terhad sehingga 500 pekerja setiap majikan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.