nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM lancar tiga inisiatif Kementerian Sumber Manusia

10 DIS :  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan tiga inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KSM) di Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia anjuran KSM sempena dengan program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia hari ini.

Tiga inisiatif berkenaan termasuk promosi Persidangan Antarabangsa Transformasi Sumber Manusia (HRTS) yang akan dilaksanakan pada Mac tahun depan.

KSM berkata menerusi satu kenyataan hari ini , persidangan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) itu adalah julung kali diadakan dan akan membabitkan Menteri Perburuhan dan Sumber Manusia dari negara rantau Asia Pasifik serta pelbagai pemegang taruh serantau yang berkaitan.

Persidangan itu antaranya akan membincangkan mengenai isu dan cabaran terkini serta penyelesaian terhadap Sumber Manusia 5.0 (HR5.0) yang berkonsepkan penggunaan teknologi termasuk pendigitalan untuk keperluan guna tenaga manusia di masa hadapan.

Kehadiran Perdana Menteri di karnival tersebut turut diiringi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu, Ismail Sabri turut melancarkan pusat transit satelit bagi membantu golongan pencari kerja di luar bandar mendapatkan akses kepada portal MyFuture Jobs.

Inisiatif itu diwujudkan sebagai usaha kerajaan dalam membangunkan sumber manusia secara berterusan dan mampan.

Pusat Satelit MyFutureJobs adalah kolaborasi KSM dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Sehingga kini menurut KSM, terdapat 61 Pusat Satelit MyFutureJobs di seluruh negara yang diwujudkan sebagai pusat sehenti satelit kepada golongan pencari kerja di luar bandar dan desa yang mengalami kekurangan fasiliti untuk mengakses kepada portal MyFutureJobs.

“Inisiatif ini diharap dapat mendapat sokongan dan digunakan oleh pemerang taruh dan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga melancarkan penggunaan pengesan di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi menangani penularan wabak COVID-19 di institusi pengajian.

JTM adalah institusi pendidikan pertama yang menggunakan pengesan yang dibangunkan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) yang sebelum ini hanya digunakan dalam kalangan industri.

“Penggunaan pengesan ini akan membolehkan pengesanan kontak rapat yang lebih efektif bagi memastikan keseluruhan institusi tidak ditutup sekiranya terdapat kes COVID-19 dalam kalangan pelatih.

“Pengesan ini juga boleh digunakan di institusi pendidikan lain bagi meredakan keresahan dalam kalangan ibu bapa berhubung keselamatan dan kesihatan anak mereka. Ini seterusnya akan memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.