nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB peruntukan RM4 juta bantu mangsa banjir

19 DIS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensinya, memperuntukkan RM4 juta sebagai bantuan segera bakul makanan tambahan kepada kumpulan sasar mangsa banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, lapan agensinya iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), masing-masing memperuntukkan RM500,000 bagi membantu mangsa terjejas.

mahdzir khalid
MAHDZIR

“Saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan juga ketua-ketua agensi KPLB untuk mengambil tindakan segera bagi menyalurkan bantuan berbentuk bakul makanan tambahan kepada mangsa banjir di kawasan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurut Mahdzir, KPLB juga akan membaik pulih infrastruktur dan rumah yang rosak atau musnah dalam kejadian banjir di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
 
“Di Kelantan, agensi KPLB iaitu , KESEDAR juga telah membuka bilik gerakan banjir mulai 17 Disember 2021.

“Sejumlah 200 unit bakul makanan akan diserahkan esok kepada mangsa yang terkandas di kediaman masing-masing,” katanya.

Mahdzir menambah, seramai 50 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan KESEDAR juga akan digerakkan bersama peralatan logistik lengkap seperti kenderaan bagi membantu mangsa banjir.
 
“Saya berharap, semua mangsa banjir bersabar dengan dugaan ini, pada masa yang sama saya meminta supaya mereka sentiasa berhubung dengan pihak-pihak berkaitan termasuk agensi KPLB bagi menyalurkan sebarang maklumat jika ada yang memerlukan sebarang bantuan,”katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.