nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penjelasan Speaker tolak bahas isu banjir

22 DIS : Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menjelaskan bahawa tidak ada satu usul pun yang dibuat oleh  mana-mana Ahli Parlimen bagi membahaskan isu banjir pada hari terakhir Dewan Rakyat bersidang.

Katanya, pembentangan Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 1998 (Pindaan) 2021 merupakan satu-satunya agenda di dalam aturan urusan mesyuarat pada hari tersebut.

“Justeru saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya telah menolak usul untuk membahaskan isu banjir pada hari tersebut.

“Sebenarnya, tidak ada satu pun usul yang dibuat oleh mana-mana Ahli Parlimen untuk membahaskan isu tersebut.,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, isu itu timbul apabila Ahli Parlimen Bagan tiba-tiba bangun untuk meminta penerangan Menteri berhubung isu banjir. Sejurus selepas itu, Ahli Parlimen Pokok Sena dan lain-lain Ahli Parlimen pembangkang turut bangun mahu membahaskan isu tersebut.

“Saya menjawab bahawa perkara tersebut tidak berada di dalam aturan mesyuarat. Maka saya tidak ada kuasa langsung untuk membenarkan apa-apa perbahasan seperti yang diminta.

“Ahli-Ahli Parlimen semuanya sedia maklum akan hal ini kerana mereka merupakan Ahli Parlimen yang berpengalaman. Namun saya tidak tahu mengapa mereka berbuat demikian,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, beliau bukan mahu mengekang hak Ahli Parlimen daripada berbahas isu-isu semasa yang penting dan perlu disegerakan, namun Dewan Rakyat tidak sepatutnya dijadikan mertabat ke taraf kedai kopi dengan sewenang-wenangnya membangkitkan sesuatu isu tanpa mematuhi Peraturan Mesyuarat.

“Saya komited kepada perbahasan terbuka mengenai apa juga isu dan masalah yang dihadapi rakyat. Malah di bawah jagaan saya, saya telah mewujudkan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas dan mengadakan sekretariat buat pertama kalinya dalam sejarah Parlimen Malaysia bagi membolehkan proses semak dan imbang diperkukuhkan.

“Tuduhan terhadap saya adalah berniat politik dan saya tidak akan terjerumus di dalam kancah politik yang tiada penghujungnya,” tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.