nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PR1MA sumbang RM5 juta bantu mangsa banjir

25 DIS : Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menambah dana sebanyak RM3 juta untuk membantu Keluarga Malaysia yang terjejas dengan bencana alam baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan PR1MA untuk misi bantuan banjir  sebanyak RM5 juta.

Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari Bin Mat Jahya berkata, Bantuan Tambahan Bencana Banjir 2021 #PR1MAKita ini merupakan langkah yang diambil untuk meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir yang luar biasa ini, selari dengan inisiatif yang diumumkan Kerajaan.

“Memahami kepayahan mereka yang terjejas seperti kehilangan tempat tinggal, kerosakan harta benda, serta keadaan rumah yang dipenuhi lumpur, PR1MA akan menyalurkan bantuan tambahan seperti waterjet untuk membersihkan kawasan rumah yang terjejas, kelengkapan pembersihan diri, bantal, tilam dan selimut serta bakul makanan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi PR1MA, Datuk Dr. Fathul Bari Bin Mat Jahya sedang berbincang sesuatu ketika program pengagihan bantuan PR1MA kepada mangsa banjir.

Bantuan-bantuan ini akan disumbangkan kepada mangsa banjir negeri-negeri yang terjejas dengan bencana alam ini.

Sebelum ini, PR1MA juga telah menggerakkan lebih 100 kakitangan di Hulu Langat, dan Taman Sri Muda, Shah Alam bagi kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa banjir.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Haji Mohd Nazri bin Md. Shariff berkata PR1MA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan koordinasi dan gerak kerja yang teratur bagi kerja-kerja pembahagian barangan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

“Tidak lupa juga kepada pembeli kita yang terjejas, kami di PR1MA akan berhubung dengan anda dan berharap dapat membantu anda sedaya mungkin,” katanya. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di 03-76289898 atau e-mel ke info@pr1ma.my. Waktu operasi kami: Isnin hingga Ahad 9.00 pagi hingga 6.00 petang (kecuali Cuti Umum di Negeri Selangor).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.