nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

6 pusat pengumpulan al-Quran musnah akibat banjir dibuka

28 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka enam pusat pengumpulan naskhah al-Quran dan buku agama yang musnah akibat banjir di Selangor baru-baru ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata penetapan itu dilakukan selaras dengan tanggungjawab jabatan itu untuk menjaga kesucian ayat al-Quran.

“Banjir besar yang melanda mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan harta benda termasuk naskhah al-Quran dan buku agama di masjid, surau, sekolah dan rumah persendirian.

“Justeru, JAIS menetap enam pusat pengumpulan di enam daerah yang terjejas banjir iaitu Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai bagi daerah Hulu Langat; Tanah Perkuburan Islam Johan Setia (Klang); Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya (Petaling); Masjid As-Solihin Kancong Darat (Kuala Langat); Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor (Kuala Selangor); dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya (Sepang).

“Kesemua pihak khususnya umat Islam di lokasi yang terjejas, boleh dan hendaklah menghantar naskhah al-Quran dan buku agama yang mengalami kerosakan ke masjid kariah yang berdekatan sehingga 30 Disember ini (Khamis).

“Naskhah berkenaan akan dikumpulkan dan dibawa ke pusat pengumulan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak masjid perlu memastikan kesemua naskhah yang dihantar ditempatkan di ruang yang sesuai, selamat dan bersih serta jauh daripada laluan manusia atau haiwan bagi mengelakkan ia dilangkah, dipijak, serta diletakkan di kedudukan yang tinggi dari paras biasa persekitaran.

Katanya, bagi tempat penyimpanan yang tidak berbumbung pula, pihak masjid perlu menutup bahan berkenaan menggunakan plastik atau kanvas bagi mengelakkan ia basah akibat terkena air hujan.

“JAIS akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi menguruskan pengangkutan kesemua naskhah terbabit dari masjid kariah sehingga keenam pusat pengumpulan al-Quran dengan segera sebelum proses pelupusan dilaksanakan.

“JAIS ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas segala usaha dan kerjasama kesemua pihak dalam menjaga kesucian al-Quran demi memartabatkan agama Islam di Selangor,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.