nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Malaysia kembali ke landasan pada 2022

31 DIS: Perdana Menteri optimis 2022 adalah tahun Malaysia kembali ke landasan bagi menetapkan pelan ekonomi negara jangka masa panjang.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bersandarkan momentum 2021, beliau yakin pertumbuhan ekonomi negara dijangka berterusan pada 2022, dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus, seiring unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada enam peratus serta 5.8 peratus oleh Bank Dunia.

Kerajaan juga, katanya akan merancakkan usaha pemulihan dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Bajet 2022 untuk memastikan aspek ketahanan serta kesejahteraan ekonomi.

“Ke arah itu, antara tumpuan utama kerajaan pada 2022 ialah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 600,000 peluang pekerjaan baharu di samping pemulihan segera sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berterusan pada 2022 dengan KDNK diunjurkan berkembang antara 5.5% hingga 6.5%.

“Beberapa tema mustahak perlu digerakkan pada 2022. Antaranya ialah pemerkasaan ekonomi digital sejajar tuntutan realiti semasa.

“Atas kesedaran sama perlunya mengadaptasi kepada keperluan kini dan masa depan, Malaysia juga memberikan komitmen bagi mencapai status ‘negara karbon neutral’ pada 2050.

“Transformasi ke arah ekonomi dan masyarakat yang cakna terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) memerlukan peralihan dalam pelbagai aspek pengurusan, pentadbiran serta kerangka minda dalam pembuatan dasar,” katanya menerusi perutusan sempena Tahun Baharu 2022 malam ini.

Ismail Sabri berkata, Malaysia perlu bersedia mewujudkan satu ekosistem yang mampu menjana aktiviti, pasaran pekerjaan yang selari tuntutan dan keperluan ke arah ekonomi serta masyarakat mesra ESG.

Beliau menyifatkan inisiatif sedemikian sebagai penting dan mengikut aspirasi suara anak muda Keluarga Malaysia untuk mewariskan sebuah negara lestari kepada generasi akan datang.

“Sistem pendidikan sedia ada akan disesuaikan supaya lebih menjurus kepada aspek ESG dan di sinilah kurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu ditambah baik untuk memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan.

“Dari sudut berbeza pula, aspirasi ESG ini juga memerlukan keberanian pihak kerajaan untuk mewujudkan rangka dasar dan insentif yang lebih kondusif, maka antara insentif yang membuktikan kerajaan komited dengan agenda ini ialah pengecualian sepenuhnya duti import, eksais, cukai jualan malahan cukai jalan bagi kenderaan elektrik (EV).

“Kerajaan juga sedar, dalam mencapai matlamat ini, ekosistem sokongan seperti infrastruktur bagi EV perlu dibangunkan dan dipertingkatkan seperti di negara maju,” katanya.

Menyentuh aspek sosial dan kesejahteraan rakyat, Ismail Sabri berkata tumpuan kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan perumahan generasi muda Keluarga Malaysia, menerusi penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mana konsep Bandar Selamat Pintar akan diperkenalkan secara berperingkat.

Jelasnya, usaha rintis itu akan bermula di bandar utama seluruh negara dan ia antara cerminan hala tuju ekonomi yang bakal digerakkan pada 2022.

“Di samping agenda-agenda ini, perkara asas, yakni kemiskinan masih menjadi keutamaan saya seperti dijanjikan iaitu nilai teras Keluarga Malaysia adalah keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran serta tiada seorang pun yang harus tertinggal.

“Saya sendiri akan mengetuai inisiatif Pembasmian Kemiskinan oleh kerajaan melalui penubuhan Unit Kemiskinan yang diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan daerah bagi menangani isu kemiskinan serta jurang pendapatan.

“Ini meliputi kemiskinan di bandar mahupun di luar bandar. Atas semangat keterangkuman yang sama, kerajaan akan terus memberikan fokus kepada kemajuan dan pembangunan luar bandar di serata Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.