nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenapa Kit Siang senyapkan isu lebih serius babit SPRM?

2 JAN : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tindakan ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang yang menyerang Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berhubung isu memiliki saham bernilai lebih RM1 juta, sedangkan ada perkara yang lebih besar dari itu namun disenyapkan oleh pemimpin politik veteran tersebut.

Serangan Kit Siang terhadap KP SPRM itu agak pelik menurut Najib, kerana Kit Siang dilihat bersungguh-sungguh menyerang berhubung isu tuduhan saham tersebut, sedangkan ada perkara yang lebih besar sepatutnya beliau bangkitkan yang membabitkan SPRM.

Kata Najib lagi, tuduhan terhadap KP SPRM itu bukanlah satu tuduhan rasuah secara terus, tetapi hanya tuduhan memiliki saham yang bernilai tinggi di mana ia hanya perlukan kepada penjelasan.

“Contohnya, isu yang lebih berat yang patut beliau bangkitkan ialah apabila saksi utama SPRM berhubung kes rasuah anaknya (Lim Guan Eng) yang merupakan taikun syarikat yang disenarai tiba-tiba jatuh 17 tingkat sebulan sebelum dia dijadualkan untuk memberi keterangan dalam mahkamah.

“Keduanya, isu kenyataan SPRM bahawa baki dana sebanyak RM65 juta (daripada jumlah dipercayai hampir RM700 juta) dibayar Jho Low dalam akaun suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia telah dikembalikan oleh Singapura ke Malaysia.

“Dakwaan kedua itu diikuti dengan pendedahan Tommy Thomas beberapa hari kemudian bahawa semasa dia Peguam Negara, di mana dia mendakwa sudah lama tahu bekas Gabenor BNM dan suaminya memainkan peranan untuk memudahkan Jho Low tapi tidak pernah ambil tindakan.

“Sama juga dengan dakwaan dokumen 14 muka surat dipercayai kertas siasatan rahsia SPRM terbongkar yang menyatakan seorang bekas Menteri yang terlibat dalam SRC telah menerima dan menyorok RM85 juta dana berkait 1MDB dalam akaun proksi di Singapura,” kata Najib menerusi satu hantaran di laman Facebook milik beliau.

Justeru, Najib mempersoalkan tindakan Kit Siang, mengapa ahli politik veteran itu hanya bernafsu untuk membangkitkan soal tuduhan saham bernilai jutaan ringgit itu sahaja, sedangkan ada beberapa perkara yang lebih serius yang sepatutnya beliau utarakan.

“Mengapa Kit Sing menjadi bisu dan buat-buat tidak nampak tentang perkara yang lebih serius dan kontroversi yang membabitkan agensi berkenaan seperti yang saya nyatakan itu?

“Mengapa beliau tidak sebut sepatah pun berkenaan hal itu? Bukankah dia pejuang ketelusan dan pejuang anti-rasuah?,”  soal Najib menerusi hantaran tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.