nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NADMA minta KASA tambah baik sistem amaran banjir

4 JAN : Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) meminta Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA)  menambah baik sistem amaran banjir bagi memastikan bunyi amaran lebih kuat dan berbeza dengan siren lain.

Menurut NADMA, hal berkenaan antara keputusan penting yang dimuktamadkan pada Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

“Inisiatif pasca bencana turut membabitkan tindakan KASA memantau ban yang tidak diselenggara dengan baik bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di beberapa kawasan.

“Bagi negeri yang memasuki fasa pasca bencana, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri dan daerah diminta mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah untuk melakukan penilaian terhadap kawasan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kata NADMA lagi, selain itu Perdana Menteri turut mengarahkan urusan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dipermudahkan dan semua Menteri Besar atau Ketua Menteri perlu memastikan setiap pejabat daerah mempermudah urusan pengagihan bantuan itu menerusi beberapa kaedah.

“Pertama, pendaftaran mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang diurus Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh terus digunakan sebagai maklumat pengagihan tanpa borang dan pengesahan tambahan.

“Kedua, mangsa yang tidak berpindah ke PPS, pengesahan daripada ketua komuniti perlu digunakan bagi memastikan mangsa benar-benar terjejas dan ketiga, JKM diminta mendapatkan maklumat akaun bank mangsa ketika pendaftaran bagi memudahkan urusan agihan BWI, selain perlu memberi penerangan kerahsiaan dan kegunaan maklumat berkenaa,” katanya.

Setakat jam 5 petang ini, jumlah mangsa banjir ditempatkan di PPS di Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka menunjukkan penurunan, manakala jumlah mangsa di Terengganu, Sabah dan Selangor tidak berubah.

NADMA berkata, operasi banjir seluruh negara kini membabitkan 17,223 anggota agensi responder menggunakan 3,251 gabungan aset pelbagai agensi sedang beroperasi, manakala JKM mengedarkan 544,064 pek makanan disediakan tiga kali sehari termasuk keperluan asas kepada mangsa terjejas.

“PKOB negeri dan daerah perlu memaklumkan kepada PKOB Pusat jika terdapat kejadian runtuhan yang memberi kesan kepada penempatan dan memerlukan pemindahan supaya penyelarasan dan tindakan lanjut dapat dilakukan segera.

“Hingga jam 10 pagi tadi, Jabatan Mineral dan Geosains melaporkan 245 kejadian tanah runtuh di seluruh negara, pertambahan dua lokasi masing-masing satu kejadian di Negeri Sembilan dan Selangor, manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan 61 kejadian cerun dan jalan runtuh dikesan sepanjang MTL 2021/2022,” katanya.

Agensi itu turut memaklumkan hingga jam 10 pagi tadi, sebanyak 1,020 atau 97 peratus daripada 1,048 infrastruktur komunikasi yang terjejas sudah dibaik pulih, manakala baki 28 masih dalam proses baik pulih.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.