nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MTIB pacu pemerkasaan agenda Bumiputera

8 JAN : Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan terus memacu perkembangan industri perkayuan negara pada masa akan datang, terutama dalam memperkasa agenda Bumiputera.

MTIB berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti universiti, dewan perniagaan, penyelidik dan agensi berkaitan untuk kajian dan cadangan dalam usaha berkenaan.

“MTIB melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ke arah pemerkasaan agenda Bumiputera, antaranya Program Peningkatan Kapasiti Pengeluaran di Kilang Kerja Kayu SME Bumiputera di bawah projek Rancangan Malaysia dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM39.7 juta.

“Usahawan Bumiputera yang layak diberi pinjaman mesin berteknologi tinggi untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran agar dapat bersaing dengan lebih kompetitif dalam pasaran.

“Program yang dijalankan sejak 2015 memberi manfaat kepada seramai 121 usahawan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MTIB berkata, pihaknya turut menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera untuk meningkatkan jualan dalam pasaran domestik dengan penganjuran Wood & Lifestyle Fair bermula pada 2016.

“Hasilnya, daripada RM5.3 juta kos yang dibelanjakan, usahawan Bumiputera berjaya menjana jualan sebanyak RM45.5 juta.

“Program Credible Entrepreneur, Marketing and Promotion (CEMP) merupakan program yang direka khas bagi membolehkan usahawan Bumiputera menghasilkan produk untuk pasaran eksport.

“Bagi melahirkan usahawan baharu Bumiputera, MTIB juga melaksanakan Program VenTureS dan Smart-Partnership bertujuan untuk meningkatkan penglibatan belia Bumiputera dalam industri perkayuan, khususnya industri perabot,” katanya.

Selain itu, katanya Pelan Strategik Pembangunan Industri Ukiran Kayu Negara 2021-2030 yang dilancarkan pada 18 Disember 2021 dirangka untuk mencapai matlamat unggul ke arah memartabatkan industri ukiran kayu negara.

Ia dihasilkan dengan kerjasama pelbagai pihak iaitu agensi kerajaan, usahawan industri perkayuan dan Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR).- BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.