nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perhimpunan Agung UMNO pada 16-19 Mac

13 JAN: Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang ditangguhkan sebelum ini akan diadakan pada 16 hingga 19 Mac depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ketetapan itu adalah antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi, yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, persidangan empat hari itu akan bermula dengan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden UMNO pada 16 Mac, disusuli pelaksanaan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti pada hari berikutnya.

“Pada 18 Mac adalah Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO, sekali gus menandakan bermulanya Perhimpunan Agung UMNO.

“Perhimpunan Agung UMNO akan diteruskan pada hari kedua iaitu 19 Mac,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perasmian Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 18 Mac depan.

Pada 30 September lalu, Ahmad dilaporkan berkata, UMNO menetapkan perhimpunan berkenaan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Januari 2022.

Bagaimanapun, beliau kemudian memaklumkan pada 25 Disember lalu bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang dijadualkan Januari, ditangguhkan susulan bencana banjir.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata semua 14 perwakilan daripada setiap bahagian parti akan dijemput menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2021, yang akan diadakan secara bersemuka sepenuhnya.

“Semua lima perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri Perhimpunan Agung masing-masing pada kali ini.

“Walaupun demikian, prosedur operasi standard (SOP) tetap akan dipenuhi dari segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, sanitizer dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut menegaskan untuk mengekalkan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“MKT UMNO menegaskan bahawa sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah sentiasa kekal malahan perlu terus dimantapkan.

“MKT telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.