nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Skim Keretapi ECRL Jajaran C2 telah dimuktamadkan

13 JAN: Sukacita dimaklumkan bahawa saya selaku Menteri Pengangkutan Malaysia telah meluluskan Skim Keretapi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Jajaran Seksyen C2 (Gombak – Serendah – Puncak Alam – Pelabuhan Klang) pada semalam, 12 Januari 2022 seterusnya membolehkan kerja-kerja fizikal di Seksyen C2 dapat dimulakan pada suku pertama tahun 2022 ini.

Kelulusan ini adalah berdasarkan maklum balas Pemeriksaan Awam yang dijalankan pada suku terakhir tahun 2021 dan juga kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Penilaian Impak Sosial (SIA) dan juga Penilaian Impak Warisan (HIA) yang telah terdahulu diperoleh oleh Seksyen C2.

Sehubungan itu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah memajukan permohonan kelulusan penuh Skim Keretapi Jajaran ECRL Seksyen C2 ini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang kemudiannya memajukan dokumen tersebut berserta sokongan kelulusan mereka kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) minggu ini.

Kelulusan penuh Skim Keretapi ECRL Jajaran Seksyen C2 ini diperlukan bagi memenuhi keperluan jajaran baharu yang merentasi Gombak ke Pelabuhan Klang melalui Serendah dan membolehkan satu sesi Pemeriksaan Awam dijalankan yang bertujuan memaklumkan orang ramai mengenai laluan rel sepanjang jajaran ini.

KA SIONG

Sesi Pemeriksaan Awam telah dijalankan selama tiga bulan bermula September hingga November 2021 bagi memperincikan maklum balas orang ramai ke atas Seksyen C2 di negeri Selangor.

Daripada 12,797 responden yang memberikan maklum balas semasa Pemeriksaan Awam ini, seramai 12,652 responden atau 98.87 peratus menyokong penjajaran ECRL melalui jajaran asal yang ditambah baik.

Manakala peratusan kecil responden yang membantah ECRL untuk Seksyen C1 dan C2 pula sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh jajaran rel yang merentasi rumah atau hartanah mereka.

Manakala bagi jajaran ECRL Seksyen C yang merangkumi laluan rel dari Mentakab melalui Serendah ke Pelabuhan Klang pula, persetujuan Kerajaan Negeri Selangor telah pun diperoleh dan dimaklumkan secara rasmi pada 2 Disember 2021 dalam sidang media yang dipengerusikan bersama oleh saya dan YAB Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

MOT amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor. Keputusan Kerajaan Selangor ini sudah semestinya akan memudahkan perincian semula kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) projek ECRL.

Kontrak EPCC yang akan diperincikan ini akan mempermudahkan pelaksanaan pembinaan ECRL yang telah ditambah baik berdasarkan jajaran asal ECRL yang dilancarkan pada Ogos 2017.

Walaupun persetujuan Kerajaan Negeri Selangor ke atas Jajaran Seksyen C dimuktamadkan pada Disember 2021, MRL telah pun menerima Kelulusan Bersyarat Skim Keretapi Seksyen C1 pada 6 Mei 2021 setelah mengambil kira kelulusan asal Skim Keretapi ECRL pada 23 Jun 2017.

Setakat Disember 2021, projek ECRL telah mencatatkan tahap kemajuan sebanyak 26.49 peratus, didorong oleh kerja-kerja pembinaan yang melibatkan jajaran Seksyen A dari Kota Bharu ke Dungun dan Seksyen B dari Dungun ke Mentakab.

Kerja-kerja pembinaan ECRL yang termasuk kerja-kerja tanah, kerja-kerja terowong, kerja-kerja jambatan dan kerja-kerja pengukuhan prefabricated vertical drains atau PVD telah bertumpu di lebih 168 lokasi utama pada tahun 2021.

MOT komited untuk terus memastikan pembangunan infrastruktur pengangkutan berjalan dengan baik dan lancar, seterusnya dapat memberi manfaat kepada rakyat serta negara secara keseluruhannya. – DATUK SERI DR WEE KA SIONG, MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.