nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ismail Sabri jawab Sanusi

13 FEB : Tidak timbul isu kerajaan akan lebih stabil jika UMNO tidak menjadi kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Muhammad Md Nor.

Menurut beliau yang juga Naib Presiden UMNO, kerajaan kini adalah kerajaan UMNO dan beliau sendiri adalah perdana menteri dari UMNO, yang mendapat sokongan daripada rakan-rakan parti lain.

“Kita dah tunjuk (buktikan) kerajaan ini stabil, saya sendiri Perdana Menteri UMNO dan disokong oleh rakan-rakan parti yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia, hari ini.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, kestabilan politik negara juga dibuktikan dengan termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini, ia semua bagi memastikan politik negara dalam keadaan stabil, jadi tiada isu seperti yang dikatakan oleh MB (Muhammad Sanusi) itu,” katanya.

Muhammad Sanusi sebelum ini dilaporkan berkata, formula untuk melihat kestabilan politik di Malaysia dan negeri-negeri seluruh negara adalah bila UMNO tidak lagi memerintah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.