nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM kesan dua produk rumusan bayi mengandungi bakteria

23 FEB : Kementerian Kesihatan (KKM) menolak kemasukan dua produk rumusan bayi jenama Alimentum (400g) dan Human Milk Fortifier (0.9gx50 paket) di semua pintu masuk negara kerana mempunyai bakteria Cronobacter sakazakii dan Salmonella Newport.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya juga sudah menghubungi syarikat pengeluaran produk rumusan bayi itu iaitu Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd serta mengesahkan bahawa pihak syarikat sudah membuat penarikan balik (recall) produk yang berada di pasaran secara sukarela.

“Syarikat terbabit juga mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi peruncit, pengedar dan institusi yang membeli produk itu supaya menghentikan penjualan rumusan bayi berkenaan.

“KKM mengambil maklum laporan oleh Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (USFDA) mengenai isu penemuan bakteria Cronobacter sakazakii dan Salmonella Newport dalam rumusan bayi keluaran Abbott Nutrition’s Sturgis dari Amerika Syarikat.

“Hasil siasatan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati hanya dua produk rumusan bayi yang terbabit iaitu Alimentum (400g) dan Human Milk Fortifier (0.9gx50 paket) dengan nombor kumpulan yang dimulai digit 22 hingga 37 pada kod bar pada bekas bernombor K8, SH atau Z2 serta mempunyai tarikh luput 1.4.2022 dan seterusnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, kata Dr Noor Hisham lagi, KKM mengenakan tindakan penolakan (auto-rejection) di semua pintu masuk negara ke atas produk berkenaan.

Katanya lagi, bakteria Cronobacter sakazakii terdapat secara meluas di persekitaran dan boleh hidup pada keadaan kering seperti di dalam rumusan bayi.

“Jangkitan Cronobacter boleh menyebabkan meningitis atau sepsis, bagaimanapun ia jarang berlaku dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi adalah seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan.

“Semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok berkenaan hendaklah menghentikan serta-merta penjualan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat,” ujarnya.

Beliau turut menasihati Ibu bapa dan penjaga untuk mengenalpasti kumpulan kod rumusan bayi berkenaan serta berhenti menggunakan produk terbabit dan memantau kesihatan bayi serta segera mendapatkan rawatan sekiranya bayi mempunyai gejala selepas meminum rumusan susu bayi berkenaan.

Jelasnya, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.