nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia teliti bantu komuniti Melayu Islam Champa

24 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan kepada komuniti Melayu Islam Champa di Kemboja dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan akan dibincang lanjut dengan kerajaan negara itu.

Beliau berkata, antara bidang dikenal pasti termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dapat mewujudkan tenaga berkemahiran tinggi dalam kalangan 800,000 orang masyarakat Melayu Champa di negara Asean itu.

“Untuk Datuk Othsman (Othsman Hassan, Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri Kemboja), kita akan tengok apa yang boleh kita bantu dari segi pendidikan. Difahamkan ramai belajar di Kuala Lumpur,” katanya sempena majlis makan malam bersama Keluarga Malaysia di Kemboja, malam tadi.

Perdana Menteri tiba di Kemboja semalam untuk lawatan rasmi dua hari bagi mengukuhkan hubungan dua hala yang terjalin selama 65 tahun selain daripada perdagangan dan peluang pelaburan serta pergerakan rakyat antara kedua-dua negara.

Sejurus tiba, beliau telah menerima kunjungan hormat Othsman, yang turut hadir di majlis itu. Othsman juga adalah menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja.

Selain itu, Ismail Sabri berkata peluang pekerjaan untuk orang Melayu Champa juga boleh diteliti memandangkan Malaysia mempunyai dua juta tenaga pekerja asing berdaftar.

“Mungkin kita boleh lihat apa kita boleh tawarkan kepada masyarakat Melayu Islam Champa dari Kemboja untuk menjadi tenaga kerja di Malaysia. Insya-Allah masyarakat Melayu di Malaysia akan terus membantu masyarakat Melayu Islam Champa di Kemboja,” katanya. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.